Ladies, pernahkah anda tertanya-tanya perkara apakah yang
sering dirahsiakan oleh lelaki daripada anda?
Dipetik daripada therichest.com, lelaki mempunyai beberapa
rahsia yang seringkali mereka sembunyikan dari para wanita.
Ingin tahu apa sajakah rahsia mereka? Jom kita bongkar!
Lelaki Selalu Ingin
Dilihat Lebih Dari Wanita
Kesamarataan antara lelaki dan wanita meliputi pelbagai
aspek kehidupan . Termasuk dalam urusan kewangan. Lelaki selalu ingin kelihatan
lebih agar boleh “dipandang” wanita. Lelaki juga punya egonya tersendiri di
mana ia tidak mahu kalah dengan wanita, apalagi di depan wanita yang dicintai.
Walaupun lelaki tersebut sebenarnya dalam keadaan sengkek,
mereka akan tunjukkan bahawa mereka mempunyai wang. Dan, wang manjadi alat
untuk membuatkan lelaki menjadi seseorang yang diperlukan. What do you think
about it, Ladies?
Lelaki Juga Ingin
Mendapat Pujian
Bukan hanya wanita, lelaki pun ingin mendapat pujian. Diam –
diam, lelaki juga sangat mengharapkan pujian dari pasangannya atas penampilan
atau apa yang sedang dikenakannya saat itu. Kalau anda ingin mendapatkan hati
seorang lelaki, jangan ragu-ragu untuk memujinya atau sekurang-kurangnya
memeberitahu betapa kacaknya dia.
Pujian boleh meningkatkan semangat dan rasa percaya diri
seorang lelaki. Pujian juga boleh jadi perhatian. Tapi pujian tersebut biarlah
berpada-pada. Pujian yang berlebihan boleh membuatkan lelaki menjauhkan diri
atau enggan berada dekat dengan anda.
Lelaki Mempunyai
Fantasi Seksnya Sendiri (Ops !)
Lelaki mempunyai fantasi sendiri dalam hubungan seks. Saat
mereka bersama anda, boleh jadi mereka juga sedang berfantasi tentang diri
anda. Tapi kalau anda cuba bertanya apa yang sedang mereka fikirkan, ia tetap menjadi
rahsia.
Mereka tidak mahu apa yang ada di fikirannya membuat anda
merasa tidak selesa. Boleh jadi perkara yang mereka fikirkan adalah sesuatu
yang selama ini tak pernah anda bayangkan.
Lelaki Juga Ingin
Anda Menjauh Sementara Waktu
Saat sedang ada masalah, lelaki biasanya akan lebih banyak
menyendiri. Atau mereka akan melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan
fikirannya sejenak dari masalah yang di hadapi.
Di saat seperti ini, di lubuk hatinya yang paling dalam,
mereka ingin bersendirian dan anda menjauh dari dirinya buat seketika. Bukan
kerana mereka membenci kewujudan anda tapi lebih kepada ingin menyelesaikan
masalahnya sendiri.
Lelaki Juga Masih
Suka memandang Wanita Lain
Ketika bersama anda, lelaki masih mencuri – curi untuk
memandang wanita lain. Apabila ada wanita lain berada dekat dengannya, mereka
tidak ragu-ragu untuk mengalihkan perhatiannya sejenak.
Kalau anda tidak suka dengan sifat lelaki seperti ini,
jangan ragu untuk berterus-terang untuk mendedahkannya. Apalagi kalau status
anda sudah sebagai suami isteri. Anda punya hak untuk mendapatkan perhatian
lebih dari suami anda. Dan, suami anda juga punya kewajipan untuk menjaga
pandangannya.
Lelaki Kadang-kadang
Merasa Wanita Itu Terlalu Cerewet
Ladies, pernahkah anda melihat pasangan anda tiba – tiba
lain macam apabila anda bercakap banyak padanya? Walaupun mereka tidak
mendedahkan secara langsung, tetapi dalam hatinya, mereka rasakan anda wanita
yang cerewet. Lelaki sering merahsiakan perasaannya sendiri dan tidak mahu
mengungkapkan yang sejujurnya
Laki babe, kalau diorang nampak aweks diorang ni cantik, nampak muda, dan pandai melawa dan jaga badan, sayang nak ditinggalkan babe. Sebab tulah babe, laki rela pujuk memujuk pompuan yang cantiks. You all jagalah body...jangan nampak gempal berisi...Cuba pakai corset. babe
Islalisa Corset yang paling terbaik bebe. Dah ramai orang try dah banyak testimoni, Try la babe.
Klik sini http://islalisacorset.com
No comments:
Post a Comment