Hari ini admin nak kongsikan beberapa tips untuk kempiskan perut..
Hihi..kenapa nak kempiskan
pulak..bukan ke mereka yang perut buncit tu penyayang orangnya?
Bukan admin yang cakap tau.. ini
adalah hasil kajian. ;)
Takpelah jika anda berperut buncit,
tetapi masih sihat dan tiada penyakit serius. Tapi jika anda tidak menjaga
pemakanan anda, bukan sahaja perut menjadi buncit, tetapi kesihatan anda juga
terjejas.
Saya nak kongsi satu fakta..
“ Perempuan dengan lemak ekstra di
perut, memiliki kemungkinan 30% lebih besar mengalami migrain daripada
perempuan tanpa kelebihan lemak ekstra di perut, bahkan setelah memperhitungkan
kegemukan secara keseluruhan”.
“ Lemak perut juga telah dikaitkan
dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes. Sekarang, penelitian
terbaru menunjukkan, lemak perut juga dikaitkan dengan peningkatan risiko
mengalami migrain, paling tidak sampai usia pertengahan”.
Hmm..risau jugak bila baca fakta
ni.. mana tak risau kannnn… Apapun, ini adalah koleksi petua dan tips
mengempiskan perut yang admin dapat kumpulkan dari banyak sumber yang sesuai bagi
lelaki dan wanita..
Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit
(Secara tradisional)
1. (Daun lidah buaya, asam jawa)
Ambil sedikit daun lidah buaya.
Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan
bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan
biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan
ramuan tersebut pada perut.
2. (Asam Jawa)
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh
di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan
asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas
anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati
tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
3. (Limau nipis, air)
Air limau nipis yang anda minum
boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau
limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi
dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan
air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini
boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan,
berat badan anda juga akan beransur turun.
4. (Limau nipis, kapur sirih)
Sediakan limau nipis dan kapur
sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih
dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut
dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.
5. (minyak kelapa)
Tanak kelapa hingga menjadi minyak.
Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian
bilas. Amalkan setiap hari.
6. (Teh Cina, limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina
dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.
Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum
tidur.
7. (kapur makan, daun sirih, minyak kayu putih, limau nipis)
Bagi wanita selepas bersalin yang
ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung.
Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak
kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah
seperti biasa.
8. (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)
Selepas makan amalkan meminum Teh
Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
Apa yang paling penting, untuk wanita haruslah pakai korset, Jangan lupa!
No comments:
Post a Comment