Admin nak kongsikan tips menjaga bayi baru lahir bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak yang pertama kali nya...
Okey..Cara menjaga bayi baru lahir ni adalah berbeza dengan cara
menjaga anak kecil yang makin membesar. Mereka memerlukan penjagaan yang lebih
rapi kerana ini pertama kali mereka berada di dunia, setelah sekian lama berada
di dalam rahim ibu mereka.
Proses penjagaan ini memerlukan si ibu untuk punyai
kesabaran, ketekunan, kegigihan serta kekuatan untuk melakukan tugas-tugas yang
agak rumit dan memenatkan, tetapi berbaloi dek kerana dapat melihat proses
pembesaran si manja berlaku di depan mata.
Bagi ibu yang yang kali pertama melahirkan anak, proses ini
bukan mudah dan merupakan satu cabaran baru bagi dirinya. Di saat kesihatan
masih belum pulih, dia perlu memberi perhatian pada bayi yang baru dilahirkan
itu. Dengan sokongan keluarga dan teman-teman di sekeliling, si ibu diharapkan
dapat menjaga kesihatan dengan baik agar dapat menjalankan tanggungjawab pada
bayinya.
Cara Menjaga Bayi
Baru Lahir, Beberapa Tips dan Panduan Mudah
1. Uri bayi
Penjagaan bermula dengan uri bayi. Uri bayi hendaklah
dibersihkan dengan sebaiknya dan ditanam mengikut hukum syara’.
2. Mandikan bayi
dengan air suam
Sediakan terlebih dahulu baju, stoking, barut, minyak bayi
dan sebagainya sebelum memandikan bayi. Selepas mandikan dia, anda tak perlu
lagi nak kelam kabut.
3. Lapkan bayi supaya
kering
Untuk mengelakkan bayi anda sejuk, lapkan segera dengan
tuala tebal. Gunakan ‘alcohol swab‘ yang dibekalkan oleh doktor untuk disapukan
pada tali pusat bayi supaya jangkitan kuman dapat dielakkan.
4. Gunakan minyak
bayi cara menjaga bayi baru lahir
Sapukan minyak bayi pada perut, belakang badan, belakang
betis dan tapak kaki bayi anda untuk beri keselesaan kepadanya. Minyak bayi
juga baik untuk hilangkan kembung perut yang terjadi akibat daripada angin yang
terkumpul.
5. Pakaian cara
menjaga bayi baru lahir
Pakaikan barut dengan kemas, usah terlalu ketat dikhuatiri
menyukarkan bayi bergerak. Pakaikan bayi anda pakaian yang lembut, tidak panas,
sesuai dan selesa.
Bagi anda yang memakaikan bayi dengan lampin pakai buang,
sentiasa peka dengan kesihatan kulit mereka. Usah biarkan mereka memakai lampin
basah terlalu lama. Ini untuk mengelakkan bayi dari mengalami ruam di bahagian
punggung.
6. Susu ibu
Sendawakan bayi tiap kali selepas mereka menyusu. Ini untuk
mengelakkannya dari mengalami kembung perut. Pakar menasihatkan ibu-ibu supaya
menyusukan bayi secara penuh selama 6 bulan. Bermaksud anda perlu elakkan
sebarang minuman lain untuk bayi anda. Biarkan mereka mendapat khasiat penting
dengan sempurna untuk 6 bulan pertama.
Cara menjaga bayi baru lahir tidak terhad pada tips-tips di
atas sahaja, bahkan ia juga termasuklah menjaga kulit bayi, menyediakan makanan
pada bayi, peka dengan isyarat-isyarat tangisan bayi dan proses mendidik bayi
itu sendiri.
Dan suka untuk admin ingatkan di sini bahawa tips-tips yang
dikongsikan ini walaupun nampak seakan ‘mom-related
job’, tidak semestinya si ibu sahaja yang kena buat bersendirian. Jadi si
ayah, be gentleman. Kindly assist your wife, please !
Oklah pada para ibu sekalian harap dapat membantu,
Berminat nak dapatkan bentuk badan yang menawan, langsing?
klik http://islalisacorset.com
No comments:
Post a Comment