Tips Hilangkan Stretch Mark Dengan Cepat

Stretch mark adalah garisan-garisan putih yang muncul pada kulit. Selalunya stretch mark ini akan menyerang wanita hamil kerana kulit merenggang akibat rahim mengembang dengan kadar yang agak cepat. Perubahan hormon sewaktu mengandung menyebabkan garisan stretch mark akan berwarna merah, ungu atau merah jambu. Kawasan badan yang sering timbul stretch mark adalah perut, peha, payudara, lengan dan  punggung. Kadang-kadang agak seram melihat stretch mark ini. Adakalanya nak berpakaian seksi di hadapan suami pun agak malu.


"Perut saya dah tak cantik. Banyak betul strech mark selepas bersalin hari itu. Macam mana nak hilangkannya?"

"Macam mana nak hilangkan strech mark kat perut ni? Tolonglah saya. Buruk benor perut saya ni."

Ramai orang ada masalah macam ni kan…? Ada yang merungut, ada yang tak percaya perut dah menjadi hodoh dan sebagainya. Pelbagai perasaan yang kurang menyenangkan menyelebungi diri mereka.  Inilah antara harga pengorbanan yang terpaksa dibayar seorang ibu untuk melahirkan zuriatnya. Jangan merungut! Nanti kurang pahala tau! Banyak pahala Allah kurniakan kepada ibu yang melahirkan zuriat. Ada caranya nak hilangkan strech mark dengan cepat selepas bersalin ini. Korang kena la baca entri ni sampai habis tau dan boleh amalkan untuk hilangkan strech mark pada perut korang tuuu…


Kadang-kadang memang tidak nampak kesan strech mark ketika mengandung. Selepas bersalin perut akan menjadi kempis dan mengecil. Masa inilah kita baru kita perasan banyaknya strech mark. Mula rasa tak sanggup tengok perut kita. Hodohnya! Betul tak? Betul tak ?huhuhu

Okay, jom kita baca tips hilangkan stretch mark dengan cepat selepas bersalin.


1. Elakkan pertambahan berat badan yang mendadak sewaktu mengandung
Tidak dinafikan semasa hamil selera makan bertambah dua kali ganda. Awas! Ibu hamil harus mengawal selera makan. Bimbang nanti sewaktu hamil diserang kencing manis pula. Stretch mark dapat, penyakit pun dapat!


2. Ambil makanan seimbang dan pengambilan vitamin C untuk merangsang kolagen
Amalkan memakan buah, minum yogurt dan susu segar. Ibu selepas bersalin juga boleh mengamalkan vitamin C Shaklee. Elakkan juga pengambilan kafien yang boleh mengeringkan kulit.


3. Sapu pelembap
Sekarang banyak pelembap untuk stretch mark yang dijual di farmasi. Contohnya minyak zaitun, baby oil, cocoa butter dan lain-lain lagi. Sapukan pelembab selepas mandi dan sebelum tidur di kawasan badan yang disebut tadi.


4. Memakai korset / bengkung
Korset atau benkung ini boleh dipakai selepas bersalin. Bengkung akan membantu menegangkan kulit yang kendur selepas bersalin. Jangan abaikan pemakaian bengkung ini. Ibu bersalin jika mahu bentuk badan macam anak dara, kenalah berdisiplin untuk memakai bengkung selepas bersalin.


5. Bersenam
Walaupun ibu sedang hamil, jangan abaikan senaman untuk ibu mengandung. Amalkan senaman yang sesuai dengan ibu hamil sehingga  melahirkan anak.


6. Amalkan petua tradisional

Walaupun zaman sudah moden, jangan sesekali lupa akan petua tok nenek kita dahulu. Lagipun petua orang lama lebih menjimatkan dan selamat. Tiada sebarang bahan kimia pun. Antara petua lama yang boleh dikongsi ialah ramas sedikit asam jawa dengan kapur atau ragi. Campurkan dengan sedikit air sehingga sebati. Kemudian sapu di bahagian yang ada stretch mark sebelum tidur. Lakukan setiap malam. Insyaallah berkesan.

Selamat Mencuba Korang...!!!

Pakai Korset tuk dapatkan bentuk badan yang kurus, ramping dan cantik dengan pantas dan selamat 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...