Cinta membuatkan seseorang itu buta dan hanyut sehingga lupa
dengan keadaan sekeliling.
Tapi, sekarang ni dah macam satu trend bila ada diantara
anda yang jenis suka menunjuk hubungan cinta pada umum. Kalah pasangan artis.
Jangan kerap sangat muat naik gambar atau video anda dan
pasangan di media sosial, lama-kelamaan sikap anda tu buat orang rasa
menyampah!
Jadi, sebelum korang buat orang lain rasa meluat, ketahui
tanda-tanda sama ada anda ni jenis yang suka tayang hubungan cinta korang atau
tidak!
1. Facebook,
Instagram, Twitter semuanya tentang si dia
Ada je benda yang anda nak update di media sosial tentang si
dia. Tak cukup dengan gambar perbualan di Whatsapp pun anda nak muat naik untuk
bacaan umum. Motif? Simpan je kata-kata ‘I love you’ dari si dia untuk anda je.
2. Rakan anda kenal
pasangan anda dari A-Z
Kalau anda selalu update tentang pasangan di media sosial,
sah-sah la kenalan terdekat anda tahu tentang si dia. Belum lagi kalau kawan
anda yang jenis mulut becok. Jangan terkejut, tiba-tiba kalau rakan baik anda
‘cucuk jarum’ pada si dia.
3. Terlalu banyak
minta pendapat mengenai si dia
Kalau korang tak habis-habis tanya atau minta pendapat dari
kawan baik tentang si dia, lama-kelamaan mereka akan rasa meluat. Ia seperti
anda ingin menunjuk-nunjuk macam anda seorang sahaja yang ada pasangan.
4. Fantasi melebihi
realiti
Anda mula lupa tentang kehidupan lain selain cinta anda. Nak
lepak dengan rakan-rakan jauh sekali. Yang anda tahu hanya post tentang kisah
cinta je di laman sosial. Lebih teruk anda lupa tentang keluarga, kewangan dan
kerjaya.
5. Cuba cemburukan
orang lain
Pantang bila orang lain kongsikan tentang kekasih mereka,
anda pun sibuk jugak nak bercerita. Cuma anda mungkin ada tokok-tambah untuk
buatkan rakan-rakan rasa cemburu. Itu memang dah sampai tahap menunjuk-nunjuk!
Munasabah semula diri korang tentang perkara ini dan kembali
imbangi aktiviti kehidupan harian. Sebenarnya banyak lagi perkara dalam dunia
ini selain perihal kekasih. ;)
No comments:
Post a Comment