Semua orang berangan-angan untuk jadi jutawan atau, setidak-tidaknya, hidup senang-lenang sehingga tua dan dapat pula mewariskan kekayaan kepada anak-anak.
Tetapi berapa ramai yang dapat mengejar cita-cita itu?
Bagaimana Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson boleh jadi jutawan?
Portal akhbar terkenal Sydney Morning Herald mendedahkan
tujuh tabiat yang diamalkan oleh mereka yang pernah berusaha keras menjadi
jutawan.
1. Ghairah untuk
capai kejayaan
Tujuan yang jelas dan semangat berkorbar-kobar sangat
penting. Ia membekalkan tenaga untuk menghadapi kesilapan, kegagalan dan
penolakan orang lain.
2. Membaca untuk
majukan diri
Jutawan suka membaca akhbar dan buku pelbagai topik,
antaranya panduan berjaya, pembinaan peribadi atau sejarah mereka yang sudah
berjaya.
Kajian menunjukkan, 80 peratus orang kaya menghabiskan 30
minit atau lebih setiap hari untuk memajukan lagi diri melalui pembacaan. Orang
kaya membaca untuk mendapatkan pengetahuan.
3. Bersenam sihatkan
fikiran
Sir Richard Branson, pengasas Virgin Group, bersenam setiap
hari termasuk yoga, mendaki, berlari atau angkat berat untuk meningkatkan
pencapaian fikiran dan menjadi lebih produktif.
Kajian menunjukkan, 76 peratus orang kaya bersenam 30 minit
atau lebih setiap hari. Jantung yang sihat bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi
juga untuk otak.
4. Suka berjimat dan
menabung
Tabiat yang selalu dilakukan oleh orang kaya ialah hanya
gunakan 80% saja pendapatan dan lagi 20% akan disimpan.
Malah, 88 peratus orang kaya berkata menyimpan wang
sangat-sangat penting untuk membina kejayaan mereka.
5. Ada pembimbing
& berikan bimbingan
Berjaya tidak bermakna melakukannya seorang diri. Semua yang
sudah berjaya termasuk Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson
memerlukan bimbingan.
6. Bina hubungan baik
Hubungan baik dengan orang tersayang dan dekat dengan kita
mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri.
Kira-kira 88 peratus jutawan percaya “hubungan baik sangat
penting untuk kejayaan kewangan”. Tetapi di kalangan orang miskin, hanya 17
peratus percaya pada amalan tersebut.
7. Mencari ketenangan
diri
Mereka selalu merenung diri sendiri, mencari kelemahan diri
untuk diatasi atau memastikan diri tidak terbabas daripada landasan kejayaan.
Kajian menunjukkan ramai orang kaya menghabiskan antara 15
hingga 30 minit memuhasabah, sama ada mereka atas landasan betul dalam soal
kesihatan, senaman, hubungan dengan orang lain dan urusan kerja.
8. Pandai Jaga Kesihatan
Orang yang kaya kelihatan lebih energetik, sihat, kurang sakit dan hidup lebih lama. Cuba tengok mereka, bagaimana pada usia yang mencecah 70an ramai yang masih lagi pergi ke pejabat dan menguruskan syarikat mereka. Nak jadi ketua memanglah kena ada banyak tenaga dan keperahan otak yang penting. Mereka akan habiskan masa di gymnasium, main golf dan sambil tu boleh buat bisnes sekali. Jadi para bisnes woman plak mereka suka berzumba sambil mendengar lagu dan menghilangkan stress.
Jom kita zumba. Pemakaian sport bra mampu berikan semangat, feel dan keselesaan yang berganda pada mereka yang aktif bersukan. Cubalah Islalisa Sport Bra. Dah ramai yang cuba, memang akan pilih sport bra untuk pakaian harian mereka. Selesa, sakit tengok dan sakit belakang pun hilang. Pilihalah sport bra pilihan anda.
https://www.facebook.com/islalisabra/

No comments:
Post a Comment