Di sini admin nak tanya , siapa ada
masalah keputihan??Ramai kannn…Ok..Jom baca apa yang admin cuba nak kongsikan
dengan korang semua. Masalah ni sangat lah penting bagi ramaja atau wanita di
luar sana. Penting tau!!!
Rata-rata jika diambilkira latar belakang
seseorang gadis remaja yang datang dari keluarga melayu Islam, maka tidak
hairanlah remaja tersebut kurang mendapat pendedahan dari aspek penjagaan organ
kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia
dan di dalam kebanyakan keluarga melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu
perkara yang tabu dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.Akibatnya,
ramai gadis remaja berada didalam dilema kerana tidak mendapat informasi yang
tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang
akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin tentang masalah jangkitan keputihan
serta penjagaanya.
Keputihan yang sering dialami gadis
remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia muda. Namun,ungkapan
biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang negatif apabila jangkitan
biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang luarbiasa pula.Anggapan keputihan
adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk
menangganinya adalah sesuatu yang tidak benar.
Apabila remaja mula berfikiran
sedemikian dan mula mengambil sambil lewa tentang gejalanya, hanya akan membawa
padah kesan berpanjangan sehingga mereka meningkat dewasa kelak.Realitinya
sehingga kini masih terdapat ramai dikalangan remaja yang sedang bergelut
dengan masalah keputihan ini walaupun telah meningkat dewasa dan bakal memasuki
alam perkahwinan.
Admin memohon pada semua remaja
supaya belajar mengenali gejala keputihan ini, supaya dapat mengesan awal dan
memudahkan untuk mencari rawatan yang sesuai.Jangan di biarkan gejala keputihan
tanpa rawatan disebabkan ianya boleh mengakibatkan komplikasi yang tidak di
ingini berpunca dari kelewatan merawat sehinggakan mikroorganisma keputihan
telah mula menular ke organ-organ berdekatan.
Apakah itu keputihan?
Di kalangan pakar perubatan,
keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus. keputihan
sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa mudah terdapat
dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan
remaja hanya perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.
Keputihan yang normal
Dalam keadaan normal, lendiran yang
keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan
normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih
bening ini yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi
seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama ovulasi.
Keputihan yang abnormal
Merupakan lendiran yang keluar
seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang
seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah,
cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta
busuk.
Punca keputihan abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya
keputihan abnormal.
Antaranya ialah:
1. Ketika terlalu letih.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.
Bagaimana Mengenali jenis-jenis jangkitan
Sekiranya remaja merasakan telah
berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala dan melakukan
rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari awal lagi.
Jom cuba kita kenali gejala
jangkitan mikroorganisma :
1. Kulat Candida atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau
yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.
2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit
kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.
3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal
dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan
berbau hanyir.
4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga
sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV /
AIDS.
5. Benda asing
Perkara yang satu ini sering
diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja
masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.
Beberapa tips yang baik jika boleh
diamalkan :
1.Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air
suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pencuci khas yang
mempunyai pH3.8-4.2.
2.Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu
keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan.
3.Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan
jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama.
4.Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan
partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang
bakteria bersarang.
5.Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan
yang terlalu lama.
6.Gunakan alas seluar dalam (panty liner) jenis
"unscented" dan ada pengalran udara untuk mengurangkan lendiran dan
radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan
ini hanya akan memburukkan keadaan.
7.Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria
baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali
seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.
Sekali lagi admin nasihatkan agar
para remaja mengambil sikap yang lebih serius terhadap gejala keputihan.
Beberapa kajian mendapati keputihan jika dibiarkan terlalu lama walaupun hanya
gejala biasa, lama kelamaan berupaya menyerang selaput dara.Sebahagian besar
lendiran keputihan yang mengandungi jangkitan mikroorganisma telah merosakkan
selaput dara sehinggakan apabila berumahtangga kelak dan sewaktu melakukan
hubungan kelamin di "malam pertama" berkemungkinan tidak akan mengeluarkan
walaupun setitik pun darah.
Semoga Bermanfaat…!!!
Mantapkan Payudara Dengan Pantas dan Selamat
Click http://feredeabeauty.blogspot.my
Click http://feredeabeauty.blogspot.my
No comments:
Post a Comment