Pada hakikatnya tidak ada yang salah dengan menjadi burung
hantu — aktif bergerak di malam hari tetapi tidur di malam harinya — tetapi
masalahnya anda harus harus mematuhi jadual yang biasanya berkisar di siang
hari di seluruh dunia. Jika haiwan lain seperti burung-burung dan ayam itik
mula membunyikan suara masing-masing di awal pagi semata-mata untuk mula
mencari rezeki, mengapa tidak anda?
Bukankah bangun pagi itu banyak manfaatnya? Untuk sesiapa
yang merasa sukar untuk bangun di awal pagi ? Berikut 8 cara yang lebih
menyenangkan untuk bergabung dengan golongan makhluk pagi seperti beburung dan
ayam itik.
1. Buatlah rutin
malam hari sebagai persediaan untuk keesokannya.
Setengah dari pertarungan untuk bangun pagi adalah tidur
pada jam yang sesuai. Mulakanlah rutin malam hari dengan menyiapkan tubuh anda
untuk santai dan menempatkan anda dalam gerakan rutin setidaknya 7-8 jam
sebelum anda bangun pada keesokan paginya. Ini mampu
diamalkan dengan mandi air suam, minum secawan teh chamomile, ambil nafas dalam
atau meringkuk di atas katil, berselimut dan membaca atau menulis catatan anda.
Ciptakan sebuah ritual yang benar-benar akan membuat anda dapat tidur dengan
lena dan menyambut waktu bangun pagi dengan hati terbuka.
2. Matikan televisyen
dan komputer pada jam sewajarnya.
Televisyen dan internet terlalu menstimulasi prilaku sebelum
waktu tidur. Jangan menonton televisyen di tempat tidur dan berhentilah
melayari internet lama sebelum rutin tidur anda.
3. Jauhi kafein.
19 cawan kopi sepanjang hari mungkin yang membuat anda
menjadi seekor burung hantu malam. Ganti dengan decaf sedikitnya jam 4 petang,
lebih baik jika lebih awal.
4. Makan malam
ringan.
Makan malam yang berat sebelum waktu tidur dapat mengganggu
tidur anda dan membuat anda lebih susah untuk bangun di pagi hari. Tetaplah
dengan makan malam yang lebih ringan untuk sementara, seperti sup,
sayur-sayuran rebus, dan salad makan malam yang menyihatkan jantung. Seeloknya
makan malam pada awal waktu, misalnya sekitar pukul 7 atau 8 malam. Jangan
sekali-kali makan pada lewat malam.
5. Buka langsir bilik
dan tingkap di bilik.
Biarkan udara pagi
mengalir masuk ke dalam bilik anda. Lihatlah matahari yang mula menampakkan
dirinya dan mula menyinari bilik anda.
6. Mengetahui
motivasi anda.
Jika anda ingin
bangun pagi hanya kerana anda merasa seperti anda seorang yang kecundang jika
anda tetap tidur, itu bukanlah benar-benar apa yang para pakar psikologi sebut motivator positif. Anda perlukan satu
alasan untuk melakukan sesuatu agar berhasil, tidak hanya alasan untuk tidak
melakukan sesuatu yang lain. Apakah anda ingin pergi kerja sebelum bos anda
sehingga beliau dapat melihat anda kelihatan produktif sebaik saja ia melangkah
masuk pejabat? Apakah anda ingin memiliki waktu untuk menulis di pagi hari
sebelum anak-anak bangun? Fikirkan apa yang terlebih dulu memotivasi anda untuk
bangun pagi-pagi dan tulis semua alasan-alasan itu. Letakkan tulisan-tulisan
motivasi anda di depan meja sisi katil anda sebagai peringatan untuk anda lebih
“motivated” untuk bangun pagi.
7. Buat perjanjian di
pagi hari.
Jadualkan pertemuan di awal pagi, sesi olahraga di tempat
kerja dengan teman dan pembersihan gigi. Buat kewajiban anda untuk bangun
pagi-pagi tidak hanya untuk diri anda sendiri tetapi juga untuk orang lain.
Anda akan lebih bertanggungjawab jika anda tahu ada sesuatu yang menanti anda untuk
dilakukan.
8. Berikan diri anda
sebuah penghargaan.
Jika anda adalah jenis yang menginginkan penghargaan untuk
sebuah pekerjaan yang telah dilakukan dengan baik, maka petunjuk ini istimewa
pentingnya. Hanya secawan kopi di kafe kesukaan anda atau 15 minit membaca blog
sebelum anda melompat ke bilik mandi, tetapi sekali anda telah menyelesaikan
kerja keras anda untuk keluar dari tempat tidur anda yang besar dan nyaman,
berikan diri anda sendiri sedikit hadiah.
Diharap cara dan langkah-langkah di atas mampu memotivasikan
nada untuk bangun pagi se awal mungkin. Apatah lagi jika anda seorang yang
beragama Islam yang mana anda disarankan untuk bangun awal pagi untuk
menunaikan ibadat wajib sebelum apa-apa kerja yang lainnya.
Selamat Beramal!
Jom kita bersenam bersama dan tingkatkan motivasi dan energi mulakan hidup dengan lebih sihat cergas.. Pemakaian sport bra mampu berikan semangat, feel dan keselesaan yang berganda pada mereka yang aktif bersukan. Cubalah Islalisa Sport Bra. Dah ramai yang cuba, memang akan pilih sport bra untuk pakaian harian mereka. Selesa, sakit tengok dan sakit belakang pun hilang. Pilihalah sport bra pilihan anda.
No comments:
Post a Comment