Badan korang terlalu KURUS…???Meh baca apa yang admin nak
kongsikan dengan korang untuk menambahkan berat yang ideal. Amalkan selalu tau…Pasti
menjadi…Jangan “Hangat-Hangat Tahi Ayam” je..hihihi
Masalah kurang berat badan juga akan menyebabkan seseorang
itu stress dan berasa rendah diri dengan keadaan sekeliling.Ramai orang diluar
sana berpendapat untuk menaikkan berat badan dengan cepat haruslah makan ais
krim, pasta, roti, burger keju dan donat.
Itu adalah salah satu cara untuk menambah berat badan tetapi
ia bukanlah cara yang terbaik dan menyihatkan.
CARA DIET UNTUK TAMBAH BERAT BADAN
Di sini admin nak kongsi LIMA CARA CEPAT DAN HEBAT untuk
mendapatkan berat badan di idamkan korang tau..
1. Jangan biarkan
perut anda kosong tanpa makanan melebihi empat jam.
Badan kita memerlukan bekalan tenaga yang berterusan kerana
ia berfungsi seperti enjin yang sentiasa dihidupkan kerana jantung sentiasa
berdenyut, darah sentiasa beredar, otak dan otot juga sentiasa bekerja.
Apabila kita melangkau waktu makan tanpa mengikut jadual,
kita sebenarnya telah mengganggu sistem tubuh yang seperti juga enjin yang
memerlukan bahan api untuk terus beroperasi. Hasilnya ialah keperluan tenaga
terjejas termasuklah jisim otot.
Kaedah terbaik untuk mengelakkan badan daripada kehilangan
tisu-tisu yang penting adalah untuk makan secara tetap, jarak kira-kira dalam 3
ke 5 jam. Makanlah dengan konsisten kerana konsistensi adalah kunci utama.
2. Makan dengan sihat
dan ambil makanan padat dengan khasiat.
Cara terbaik untuk memaksimum pengambilan nutrien tanpa
perlu makan secara berlebihan adalah dengan memilih makanan yang kaya dengan
nutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak dalam hidangan yang kecil.
Buah-buahan kering adalah contoh yang baik. Dengan air yang
diserap keluar, jadi secawan anggur bertukar menjadi suku cawan kismis. Hanya
pastikan mengambil buah-buahan kering tanpa gula tambahan atau pengawet. Lebih
berkhasiat dan padat dengan nutrien yang diperlukan tubuh.
3. Makan beberapa
makanan sekaligus.
Kita perlu mensasarkan sekurang-kurangnya tiga kumpulan
makanan. Bukan sekadar sebiji pisang atau segenggam kacang. Tambahkan dengan
beberapa keping roti bakar bersama dengan mentega. Sebagai pelengkap, segelas
susu organik tanpa lemak atau segelas soya.
Pengambilan pelbagai variasi makanan akan meluaskan lagi
spektrum nutrien untuk tubuh yang bekerja sepanjang hari.
4. ‘Minum’ makanan
anda.
Cecair tubuh sebenarnya tidak diganti dengan mudah seperti
makanan pepejal. Jadi apabila anda cuba untuk menaikkan berat badan, cecair
boleh ditambah dengan minum sebagaimana biasa kerana ianya takkan membuatkan
anda berasa sendat atau kembung perut.
Pilihan terbaik termasuklah jus buah-buahan segar, susu
organik atau soya dan smoothie. Smoothie adalah ideal kerana anda boleh
mengambilnya dengan pelbagai makanan seperti gandum, mentega kacang, jus lobak
merah dan serbuk protein.
5. Makan tepat
sebelum tidur.
Pada kebiasaannya, banyak proses penyembuhan, pembaikan dan
pertumbuhan semula (regenaration) oleh tubuh berlaku semasa kita tidur. Ia
adalah waktu yang sibuk untuk tubuh membina otot dan tisu.
Justeru, makanlah snek yang sihat sebelum tidur untuk
memastikan nutrien mencukupi bagi tubuh untuk menjalankan tugas.
Paling bagus mungkin anda boleh makan semangkuk kecil pasta
salad yang dibuat dengan minyak zaitun extra-virgin, sayuran yang dicincang dan
protein tanpa lemak seperti kacang, dada ayam atau keju organik.
KOrang cuba la amalkan tips yang admin kongsikan ni je….Pasti
menjadi. Cuba tau..!!!
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan
kecil. Korang pasti tampil lagi menawan di hadapan suami korang nanti. Percuma gel mirifica
yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana
yang terbukti berkesan.
No comments:
Post a Comment