4 Sebab Mengapa Berat Badan Naik Selepas Kahwin

Risau la...mengapa berat badan naik lepas kahwin? Geram tengok lebihan lemak kat perut ni, dah rasa tak cantik macam anak dara dulu....
Apa nak buat ni? Perempuan kalau tak jaga badan, nanti laki gak yang cari lain yang bergetah.
Dah buat macam-macam tapi stil la berat badan tak turun, Apa sebab nya?

1.      Pengaruh Dari Pasangan



Kebiasaannya, Pasangan suami-isteri akan menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti secara bersama termasuklah makan. Jika si isteri tidak mahu makan, namun si suami mempunyai menu yang diidamkannya atau ingin mencuba sesuatu di restoran baru, maka si suami akan mengajak isterinya untuk turut serta dan si isteri akan ‘terpaksa’ untuk makan juga walaupun sebenarnya dia tidak berniat untuk makan. Selain itu, pasangan berkahwin juga lebih cenderung untuk lebih kerap memasak makanan di rumah. Selain itu, peningkatan masa yang dihabiskan menonton televisyen bersama-sama adalah satu lagi faktor kenaikan berat badan selepas perkahwinan.

2.      Tiada Tekanan

Seseorang wanita yang telah berkahwin akan mengalami kurang tekanan berbanding wanita yang masih membujang. Ini disebabkan oleh wanita yang masih tidak berkahwin, tetapi mempunyai teman lelaki, mereka lebih cenderung kepada tekanan kerana mereka ingin sentiasa tampil cantik dan langsing untuk mendapat perhatian daripada pasangan mereka. Menurut satu artikel yang dipetik dari ‘Health Psychology’, pasangan yang telah berkahwin pasti akan berasa suka, selesa dan selamat dalam perkahwinan lalu mereka lebih cenderung untuk menambah berat badan kerana mereka tidak lagi merasa apa-apa tekanan untuk menarik pasangan.



3.      Perkara Yang Menjadi Keutamaan Akan Berubah

Seorang wanita yang masih bujang akan mendapatkan apa sahaja yang diinginkan walau dengan apa cara sekali pun. Walaubagaimanapun, persepsi tersebut akan berubah setelah berkahwin kerana mereka perlu melepaskan pilihan mereka bagi memberi laluan kepada perkara yang lebih menjadi keutamaan mereka. Selain itu, wanita berkahwin akan mempunyai pilihan sama ada untuk memasak hidangan kegemaran suami anda atau makan lebihan makanan kerana tidak mahu membazirkan makanan. Di samping itu, urusan-urusan kerja harian, kerja-kerja rumah, anak-anak, dan lain-lain akan membuatkan seseorang itu berasa lebih letih dan mengambil makanan tanpa memikirkan diet mereka terlebih dahulu.


4.      Sikap Mengambil Mudah

Sebelum majlis perkahwinan, seseorang individu itu akan berkerja keras untuk kelihatan anggun dan langsing, walaupun keadaan tersebut memaksa mereka untuk berkerja keras di gymnasium, makan dalam kuantiti yang sedikit dan sebagainya. Walaubagaimanapun, seusai majlis perkahwinanan, seorang wanita itu akan mengambil mudah untuk tidak mempedulikan lagi bentuk tubuh badan mereka. Masa untuk bersenam di gymnasium akan diganti dengan masa untuk memasak dan diet akan diketepikan. Semua bentuk perubahan sikap dan gaya hidup semasa sebelum dan selepas berkahwin akan membuatkan berat badan seseorang wanita itu bertambah.

Jadi ladies para isteri sekalian, jangan tunggu lama-lama sampai berat badan dah berkilo-kilo. Nanti lemak tu akan jadi keras dan tepu. Makan apa pun tetap tak turun. Saya cadangkan sis berdiet dengan mengambil makanan yang sihat seperti sayuran dan buahan. Tapi apa yang paling penting, bila perut dah kosong, akan masuk angin dan menjadikan anda kembali nak makan. Cara yang terbaik adalah pakai corset. Korset dapat membantu membentuk kembali bentuk badan menggeleber dan berlemak dengan cara yang paling pantas. Nak tahu caranya klik http://islalisacorset.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...