Hari ni saya nak share la, cara saya merawat masalah sakit kulit yang agak kronik di bahagian perut saya. Saya agak ini ada berkaitan dengan masalah hormon yang bertukar-tukar dan masalah psikologi. Pada orang yang mengandung pun akan mengalami masalah ini. Dah bermacam cara saya cuba untuk atasi masalah ini. Setelah buat beberapa kajian saya ingin cuba cara ini. Berkesan wei!
Mula-mula saya makan ubat, sekejap ok, sekejap tak ok. Ubat tu boleh ambil di pharmacy dalam RM5-11 saja. Dah 4 papan telan masih lagi rasa gatal. Bila time ubat ada dalam badan tak gatal, bila cukup aja 24 jam ha... dia mai balik gatal-gatal tu...
Saya buat research sikit dan saya share rahsia saya atasi masalah kulit gatal kronik.
Caranya
1- Mandi dengan sabun detol. Ok sabun antiseptic yang lemon tu bagus. Sapukan pada seluruh badan
2- Lepas mandi ambil kapas muka tu titiskan Dettol air pulak yang bottle warna coklat tu spt di atas, botol kecil harga dalam RM12.5. Jadi sapukan pada seluruh badan yang kena gatal-gatal tu. So rasanya agak pedih sebab dah lama kuman tu berada di kulit dan ia menghakis lapisan kulit yang kena kuman, kurap. Buat dua kali. ok...
3- Biarkan kering. Jangan lap ok. Towel pun kena hygiene guna, jangan guna banyak kali, Lepas guna sidai di tempat yang panas. Jangan letak dalam rumah. Kuman itu akan merebak lagi ke bahagian badan yang lain. Jadi bila dah sapukan dettol yang cair tu pada seluruh badan yang gatal. Biarkan kering dan kemudian sapukan pulak ubat Creobon. Sapukan rata-rata ia berbentuk krim tau.
4- Biarkan krim itu kering sekejap. Dan kemudian ambil bedak Agnesia antiseptic tu tepekkan pada seluruh kulit badan yang kena kuman tadi.Tepekkan macam kita letak bedak sejuk. Biar ianya melekat di seluruh badan. Memanglah macam tepung komak badan kita. Biarkan bedak tu melekat di bahagian kulit.
5- Pakai pakaian yang longgar, supaya bedak tu sentiasa berada di badan. Dah sampai dalam 3 jam tu bedak tu dah banyak hilang, ulang balik proses 3 dan 4.
6 - Ambil ubat pharmacy allergic selama semingu. Ulangi proses itu selama seminggu.
7- Bahagian kulit yang kering pula sapukan Nivea krim, krim ni akan bertindak melembabkan bahagian yang mungkin terkena kuman. Jadi sentiasalah pakai krim ini di bahagian lain badan.
8- Ingat pastikan anda buat selama seminggu sehingga kuman, kurap tu hilang terus. Barulah tak payah buat apa-apa lagi.
Ini pula ubat doktor. Apa yang penting adalah ubat makan iaitu antifungal.
Selamat mencuba.
Dea berksan la..aku pun alami masalah yg sama
ReplyDeleteSaya seorang pesakit kulit psoriasis. Dah bermacam-macam ubat saya cuba,namun keadaan kulit saya tidak berubah, sehinggalah saya menemukan
ReplyDeleteUbat Penyakit Kulit Psoriasis yang serasi dengan saya. Alhamdullilah kini penyakit psoriasis saya terkawal.
Saya nak share Bagaimana mengawal rasa gatal penyakit kulit serta mencegahnya agar tidak cepat merebak ke seluruh badan yang lain
ReplyDelete