Bercakap dengan Roh
Sememangnya bila manusia itu mati, dia tidak mati malah dia hanya meninggalkan alam dunia. Dia masih lagi hidup. Hidup tampa jasad.
Tiap kali ada saudara yang meninggal, saya biasanya punyai satu deria yang boleh bercakap dengan roh yang sedang dekat dengan jasadnya. Saya boleh bercakap dengan roh si mati. Malah dia tahu saya boleh bercakap dengan dia. Untuk mengelakkan nampak pelik di kalangan orang ramai, saya akan membaca yassin secara perlahan dan di sulami dengan percakapan dengan arwah. Duduk di sebelah jasad yang sudah mati, air mata mulai menitis, sebak bila masa saya terpaksa ucapkan selamat tinggal pada si mati. Itulah saat yang paling menyedihkan. Sebenarnya setiap manusia ada deria ini, tapi kita tak sedar dan kita tak pernah nak cuba belajar menggunakannya. Setelah beberapa kali praktik dan fokus saya dapat berkomunikasi dengan mereka.
Arwah sepupu
Suatu malam saya sedang melawat arwah yang meninggal pada waktu malam, Ramai saudara yang jauh dan dekat yang datang. Saling bertegur sapa dan bertanya khabar. Ada yang datang dan membaca buku yassin dan ramai yang duduk saja, sambil melihat dan menghayati dan melihat jasad arwah yang terbujur kaku di saluti dengan kain batik dan kain putih menutup wajah. Saya datang dan duduk bersila di sebelah arwah sambil membaca yassin. Saya menarik nafas panjang berkali-kali untuk mendapatkan fokus. Suara yang halus berdekatan dengan saya arwah memberikan salam. Saya jawap sambil tunjuk seolah-olah sedang membaca yassin dan suara bisikan halus.
Saya dapat melihat Roh itu sedang keliru dengan alam realiti dan alam yang sedang dia hadapi. Dia sedang mencari-cari isterinya. Saya ada bagi tahu ahli keluarga semuanya hadir, mereka ada di dapur. Roh masih lagi dekat dengan jasadnya, ada kalanya dia terbaring dan ada kalanya dia bangun dan duduk. Tapi tidak jauh pada jasadnya. Saya ada berpesan padanya supaya jangan takut, bertenanglah. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha Pengampun. Saya juga sempat minta maaf pada dia sekirannya ada salah dan silap sepanjang mengenali dia. Dia menganguk, tanda sama-sama.
Roh masih lagi resah, dia pinta agar saya sampaikan kemaafan dari dia kepada isteri dan anak-anak. Saya tak berikan apa-apa signal. Saya hanya angguk. Saya cakap bertenanglah dan dengarkan bacaaan yassin. Dia menganguk dan baring, kemudian dia bangun pula tapi masih lagi dekat dengan jasad.
Saya terus pergi ke isterinya, melihat dia sedang bertelekung dan matanya bengkak dengan tangisan air mata. Saya kata "Arwah ada dekat sana, dia nak jumpa, duduklah dekat dengan dia sementara masih lagi ada masa," Saya bangun dan lihat isterinya terus duduk di sebelah jenazah arwah. Tapi saya tak terkeluar kata nak bagi tahu arwah minta maaf. Sewaktu saya pulang, saya nampak arwah memberikan senyuman, saya angguk dan ucapkan salam. Semoga arwah tenang.
Makcik saudara
Pada suatu tengahari dalam pukul 12 saya sempat datang awal, arwah meninggal dunia pada pukul 10:30am, katanya. Melihat ramai orang yang hadir. Arwah makcik tinggal di rumah pusaka tinggalan bapanya. Memang ramai yang datang. Suasana seperti majlis kematian yang biasa.
Roh itu tahu yang dia sudah meninggal dunia, dia faham, tapi masih lagi berada dalam kekeliruan. Dia ingin bercakap tapi tak ada siapa yang dapat mendengar apa yang dia nak katakan. Saya datang dengan mendekati arwah. Wajahnya kekeliruan, macam tiada banyak yang berubah sama seperti biasa yang pernah saya mengenali dirinya. Saya akui saya rapat dengan arwah, dia banyak menjaga saya sewaktu saya masih lagi kecil tatkala ibubapa saya pergi kerja, arwah banyak tolong saya. Saya masih lagi ingat, saya selalu minta 20sen untuk beli makanan ringan, arwah selalu bagi. Arwah sangat sukakan kucing dan budak-budak, dia tidak pernah berkahwin. Saya memang nak bercakap dengan arwah. Semasa saya tunduk membaca yassin, saya ada bagi tahu padanya agar bertenanglah...dengarkan ayat suci yassin, dan berehatlah. Selepas ini akan ada urusan yang panjang. Saya minta halalkan segala makan dan minum semasa arwah menjaga saya. Air mata saya mengalir melihat wajah arwah yang sayu. Dia seolah bangun dari tidur. Dia menganguk tanda dia sama-sama saling bermaafan.
Saya bercakap sambil tunduk membaca yassin, saya tahu dia faham, Saya tak mahu orang cakap saya ni pelik bercakap dengan orang yang mati. Sesekali saya pandang wajahnya. Saya ada bagi tahu arwah yang bertenanglah, dan percayalah Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, percayalah..
Arwah itu menganguk tanda rasa kelegaan pada hatinya. Dia ada bagi tahu pada saya agar datanglah ke kubur untuk ziarah dia. Saya menganguk insyallah. Kemudian saya ucapkan selamat tinggal pada dia, Pada masa itu, wajahnya sangat sayu. Saya ada bagi tahu, nanti suatu masa kita akan bertemu kembali, tapi tidak tahu bila, jangan risau, berehatlah. Saya lihat matanya meliar melihat saudara-saudara yang ramai hadir. Ada sesuatu yang dia ingin sampaikan. Tapi dia tak memesan apa-apa pada saya.
Saya sempat melihat arwah di mandikan dan di kapankan. dan sehingga kucupan terakhir, air mata ini mengalir, bila melihat arwah tenang bersama jasadnya. Dia seolah sedang menyiapkan diri untuk menghadapi urusan seterusnya. Hingga kini, saya tidak sempat melawat kubur arwah. Insyallah suatu masa nanti akan ke sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?
Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...
No comments:
Post a Comment