1- Anda mula tidak suka hari Isnin.
Berasa sedih apabila weekend berakhir dan Isnin datang kembali itu perkara biasa.
Tapi jika anda membayangkan masuk pejabat, bekerja, bertemu majikan, rakan kerja dan semua yang terjadi pada hari Isnin menyebabkan anda muak dan tertekan, itu parah!
Maksudnya jika boleh, tentu anda tak ada 'hati' nak berada di sana. Mungkin anda hanya bertahan hanya demi sebuah pekerjaan? Tapi untuk apa menyeksa diri dan menghabiskan hidup di tempat yang anda kurang minat melaburkan hari anda di sana sedangkan orang lain dapat menikmati pekerjaan mereka?
2- Passionate anda semakin berkurangan.
Pekerjaan yang ideal adalah apabila kita dapat melakukan apa yang kita sukai. Walaupun tak semua orang seberuntung itu, tapi jika kita berjaya mencintai kerjaya sedia ada, maka segala aktiviti di pejabat tak akan terasa berat. Bahkan walaupun pekerjaan itu berat dan melelahkan, anda masih juga selesa di pejabat. Namun jika anda mulai rasa terpaksa dan mungkin juga benci dalam menyelesaikan tugas hingga mencari alasan untuk tak datang kerja, untuk apa diteruskan lagi?
Sangat baik jika anda dapat pupuk sifat suka dalam pekerjaan anda setelah anda graduate dari IPT tetapi jangan lama-lama. Selepas 2-3 tahun, mulalah cari kerjaya yang anda sukai. Bila anda sukai kerja anda, passion anda juga tinggi!
3- Masalah pengurusan atau kewangan syarikat
Jika pengurusan sesbuah syarikat penuh dengan birokrasi dan politik pejabat di samping permasalahan kewangan syarikat yang tidak kukuh, adalah sewajarnya anda perlu cepat-cepat menulis surat berhenti kerja. Walaupun diakui ada sesetengah syarikat yang berjaya mendapatkan kepercayaan pekerjanya hingga ada yang sanggup bekerja dengan gaji yang tidak menentu, tetapi harus tunggu hingga bila jika pengurusan syarikat tidak berusaha untuk menyelamatkan syarikatnya?!
Malahan, akhir-akhir ini banyak sekali syarikat yang dilaporkan media tidak menjaga kebajikan para pekerja mereka, malahan ada juga yang sengaja tidak sensitif dengan beban kenaikan taraf hidup para pekerjanya, maka tunggu apa lagi, carilah pekerjaan lain yang lebih terjamin, baik dari segi kerjaya ataupun kewangan.
Tidak ada untungnya biarkan diri anda ‘diperah’, dibuli dan dipergunakan oleh majikan. Bukan RM yang dikejar tetapi kebajikan yang diharapkan!
4- Stress yang keterlaluan
Tekanan kerjaya adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang. Betulkan?!
Apabila akhir-akhir ini anda sering mengalami stress hingga mengalami kemurungan (depression), itu tandanya anda sudah bosan dengan pekerjaan yang dilakukan.
Hanya ada 2 pilihan sahaja, bercuti pendek (melancong) atau bercuti panjang (berhenti), anda pilih mana yang sesuai dengan diri anda. Jangan biarkan hidup anda diselubungi STRESS!
Ramai yang memandang ringan kesan stress ini walaupun mereka tahu ia sangat berbahaya hingga dikategorikan sebagai punca hampir kebanyakan penyakit kronik di dunia.
Stress mampu mengganggu kesihatan anda. Insomnia, nafsu makan bertambah atau semakin menurun, cepat emosi dan daya tahan tubuh terhadap penyakit pun menurun. Jangan biarkan ini terus terjadi karena kesannya sangat besar pada kesihatan dan kehidupan sosial anda.
Bangkitlah dan cari pekerjaan baru yang sesuai dengan keinginan anda!
5- Hidup mati dengan kerja
Ini golongan workaholic yang hidup matinya hanya semata-mata untuk siapkan kerja.
Pekerja yang cemerlang adalah pekerja yang tahu menyeimbangkan antara hidup dan kerjaya.
Kerjaya yang hebat tidak menentukan kebahagiaan anda. Tapi kerjaya yang berkat pasti membahagiakan anda!
Nak kerjaya berkat selang-selilah dengan amalan kerohanian yang diajar oleh agama, jalinkan persahabatan, bentukkan konsep kekeluargaan di pejabat dan di rumah dan berikan hak yang sepatutnya kepada setiap manusia di sekeliling kita.
Kan Nabi SAW sudah lama bersabda,"Dan bagi setiap sesuatu itu ada haknya. Maka berilah hak tersebut kepada yang berhak menerimanya".
Hadis ini adalah teguran kepada seorang 3 orang sahabat yang ingin berterusan beribadat kepada Allah hingga tanpa sedar telah mengabaikan hak orang lain dalam hidup mereka.
6- Merasa diri dipergunakan dan tidak dihargai.
Malangnya kita jika mendapat kerja seperti ini. Sudahlah dipergunakan untuk membuat 40 kerja dalam satu posisi jawatan yang lain, malahan anda juga tidak dihargai.
Jika setelah bertahun-tahun kerja tetapi masih dipinggirkan untuk dinaikkan pangkat walaupun segala macam jenis kerja telah anda lakukan, maka mungkin masanya untuk anda sudah tidak membazirkan masa di sana.
Pergilah ke tempat lain yang lebih menghargai anda dan kelulusan atau kemahiran yang anda ada. Jangan menyesal untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik.
Walaupun anda membawa diri ke tempat lain dengan 'tersentap' hati tapi buktikan semula bahawa bekas majikan akan akan tersentap juga setelah ketiadaan anda.
Lihat juga potensi pengembangan karier anda di pejabat tersebut. Jika kursus pun diadakan setahun sekali dengan alasan bajet tak mencukupi, nampak sangatlah bahawa itu bukan tujuan utama syarikat anda dalam menjadikan anda pekerja mahir dalam bidang tersebut.
Mungkin juga syarikat tidak ingin anda keluar dari kepompong mereka kerana ketiadaan kemahiran, pengalaman dan potensi yang diperlukan oleh industri ketika itu adalah sangat menyulitkan untuk anda berpindah kerja di tempat lain.
Jangan buang masa anda dan pergilah tempat yang boleh memberikan anda peluang-peluang tersebut sebelum umur anda menginjak ke usia 'tidak diterima bekerja'!
7. Suka merungut tentang kerja anda.
Saya sering berjumpa dengan rakan-rakan yang tidak gembira dengan kerjaya yang disandang sekarang. Hampir setiap kali berjumpa, asyik merungut jer.
Di mana-mana je pasti cerita tentang masalah pejabat, maka penyakit 'trauma' pekerjaan ini hanya boleh dihilangkan dengan pekerjaan baru.
Kebanyakan yang merungut adalah tentang lambakan kerja dengan hasil gaji yang tidak lumayan atau bersesuaian dengan pekerjaan.
Adalah sangat zalim jika majikan terus memberi gaji kepada para pekerja mengikut kelulusan mereka sedangkan dunia Barat telah lama membayar gaji mengikut prestasi kerja yang ditunjukkan oleh pekerja mereka.
Inilah yang disebut oleh Muhammad Abduh,"Aku menjumpai Islam ketika aku di negara bukan Islam dan tidak aku temui Islam di dalam negara Islam".
Itulah yang diajar oleh Islam, beri upah berdasarkan prestasi kerja bukan semata-mata kelulusan. Hatta Nabi SAW bersabda,"Berilah upah kepada pekerjamu sebelum kering air peluhnya".
Hadis yang ditafsirkan oleh para ulama tentang aras ketetapan gaji berdasarkan prestasi kerja dan tempoh pembayaran gaji yang jelas untuk panduan kita di akhir zaman ini.
Semoga atikel ini boleh bawa manfaat pada semua.
KLIK GAMBAR
Jika ada ada masalah kurang kenyakinan diri, sebab suami dah rasa tak ghairah pada anda KLIK GAMBAR
No comments:
Post a Comment