Gadget Punca Budak Lambat Bercakap




Menjadi kebiasaan ibu bapa masa kini memberikan anak-anak dengan pelbagai gajet yang menghidangkan permainan-permainan video, rancangan kartun serta hiburan berunsurkan muzik, dengan harapan anak-anak itu dapat belajar sesuatu daripada gajet berkenaan.
Lebih buruk, ada pula yang memberikan gajet berkenaan agar anak-anak dapat dikawal tingkah laku bagi membolehkan ibu bapa melakukan rutin harian tanpa diganggu.
Namun, tanpa sedar kecenderungan itu sebenarnya meningkatkan risiko anak-anak mengalami kelewatan kemahiran komunikasi sosial dan kelewatan bahasa.


Menurut Ketua Jabatan Perkhidmatan Pemulihan yang juga Patologi Pertuturan-Bahasa, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Nor Shahrina Mohd. Zawawi, kanak-kanak memerlukan komunikasi dua hala, iaitu interaksi bersama ibu-bapa dan individu di persekitarannya untuk membina kemahiran bahasa dan komunikasi.
Rangsangan bahasa yang diberikan semasa kanak-kanak itu bermain atau semasa proses interaksi akan membantu kanak-kanak untuk faham input yang diberikan dengan lebih baik.
Bermain tanpa penggunaan gajet juga amat penting dalam proses pembesaran kanak-kanak. Menerusi bermain, kanak-kanak membina kemahiran kognitif dan sosial, sekaligus merangsang perkembangan bahasa dan pertuturan.
Penglibatan aktif kanak-kanak dalam proses interaksi akan memberi keyakinan untuk mereka mengekspresi diri.
Tahap pendengaran yang baik amat diperlukan untuk membolehkan kanak-kanak membina kemahiran bahasa dan pertuturan.
Ibu bapa juga perlu tahu, seseorang kanak-kanak boleh mendengar sejak kandungan ibu mencecah usia empat bulan.
“Sebab itu, setiap kelahiran di hospital kita akan jalankan pemeriksaan saringan untuk memastikan tahap pendengaran bayi berkenaan. Jika bayi tersebut mengalami masalah pendengaran kita akan rujuk kepada pakar berkaitan.
“Ini kerana, hanya melalui pendengaran sahaja dapat merangsang pertuturan, jadi ujian pendengaran sangat penting dalam memastikan kanak-kanak berkenaan mempunyai akses kepada bunyi-bunyi pertuturan. - utusan

Saya rasa begitulah antara sebab mengapa anak saya lambat bercakap, budak sekarang ni kerap bermain game menggunakan tabs dan banyak mengunakan logikal akal untuk membuat penilaian. Tapi mereka mengalami masalah berinteraksi menjadikan mereka pelat dan lambat bercakap. 
Kita orang dewasa memang pandai dan boleh bercakap, tapi bila kita guna banyak teknologi menjadikan sukar untuk kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik terutama berdepan dengan orang. 

Kalau anda mengalami masalah rumahtangga, dan keyakinan diri yang rendah boleh cuba mantapkan payudara. Gunakan set abp dengan selamat dan berkesan, dengan jaminan supports, dan pulangan wang jika tak berkesan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...