Tuala Wanita Pun Kena GST?


Oh! GST Tuala Wanita, maintenance wanita setiap bulan...
Aku pula jenis yang pakai overnight...

Kuala Lumpur: Perbahasan seorang anggota Parlimen yang menyuarakan luahan hati kaum wanita di kawasan beliau yang risau terpaksa membayar harga lebih tinggi bagi tuala wanita apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan kelak, mencuit hati anggota Dewan Rakyat.
Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mendakwa ramai wanita di kawasan Parlimen beliau keliru dan tertanya-tanya mengenai senarai barangan yang akan dikenakan GST, apabila dikuatkuasakan pada 1 April nanti.


“Kotex (tuala wanita) pun mau kena caj GST. Wanita kata kepada saya kami tiap-tiap bulan kena caj. Banyak lagi barang kena caj seperti sos tomato, sos cili, sharpener (pengasah pensel), pensil dan bahan cuci tandas pun kena caj,” katanya yang mengundang ketawa anggota Parlimen yang berada di dalam dewan.
Tiong yang membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, mendakwa kini semakin banyak barang keperluan rakyat telah disenaraikan sebagai barangan yang akan dikenakan GST.
“Sebelum ini saya menghadiri penerangan (mengenai GST) hanya barang tertentu dikenakan GST, namun kini semakin banyak barangan keperluan rakyat biasa turut dikenakan cukai dan ini membebankan kewangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana,” hujah beliau.
Beliau turut mempersoalkan mengapa agensi penguat kuasa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang mempromosikan jualan produk melalui iklan dengan menimbulkan rasa takut terhadap CBP seperti ‘Best Sales Before GST’ dan ‘Premium Sales Pre-GST’. - BERNAMA




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...