Adus! Memang sedang sakit kepala....
Sakit kepala sekali sekala memang lah normal. Tapi kalau seminggu dalam 3 kali sakit kepala, sakit pula berterusan lama. Anda perlu berhati-hati mungkin anda kena tahu apa puncanya, sebelum mencari jalan penyelesaian yang sesuai.
Saya nak kongsi kisah benar, seorang staf/ pekerja syarikat besar MNC di Malaysia ni, sakit kepala.
Jadi dia pun pergi la ke hospital swasta. Memanglah semuanya ditanggung oleh syarikat. Segala macam penyakit dan operation ditanggung oleh 100%. Dia tak ada masalah nak fikirkan bagaimana nak bayar kos perubatan. Jadi tampa buat kajian dia terus ikut saja cakap doktor untuk buat operation. Yalah....hospital swasta kan matlamat utamanya RM bukannya nak rawat betul-betul. Kes ni sampai staf perempuan tu meninggal dunia semasa dalam operation.
Jadi kalau ada penyakit lebih baik tahu puncanya dahulu, bila dah tahu punca kita boleh usaha untuk mengubah punca, macam hukum cause and effect.
Ok, antara sebab sakit kepala mungkin anda
- -Stres
- - Corak tidur yang berubah
- - Alkohol
- - Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
- - Cahaya yang terang
- - Kelaparan
- - Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
- - Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
- - Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
- - Ubat-ubat tertentu – runding dengan pegawai farmai anda
- - Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
- - Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap
Bagaimana cara untuk mengurangkan rasa sakit kepala yang menyerang? Selain daripada ubat seperti panadol, mungkin anda juga boleh mendapatkan pain killer dari farmasi atau doktor di klinik. Pesakit juga boleh mencuba dengan meletakkan wap atau tuala panas pada bahagian sinus.
Cara-cara untuk menghindar sakit kepala pula adalah dengan mendapatkan rehat yang cukup, jangan biarkan diri terlalu stress, makan makanan yang berkhasiat, biasakan memakai cermin mata hitam untuk mengelak dari silau dan akhir sekali dapatkan pemeriksaan mata dengan doktor.
Selain itu boleh cuba ambil sedikit air isotonik 100Plus dicampur dengan air suam dalam nisbah lebih krang 1:2. Minum dan tengok dulu samada sakit kepala kurang sedikti atau tidak. Sekiranya tidak berkesa, maka boleh la beralih dengan cuba makan ubat pula. -Credit kepada sumber fuh.my
Jadi cubalah tahu punca sebenar penyakit dan cuba ubah cara hidup yang lebih sihat. Kesihatan itu salah satu kekayaan juga.
Boleh layan iklan sikit?
No comments:
Post a Comment