Ramadan tahun ini adalah yang paling bermakna buat pelakon Amar Asyraf apabila isterinya, Arna Salleh selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pukul 4.50 petang pada 8 Julai lalu.
Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Taufik itu selamat dilahirkan melalui cara pembedahan di salah sebuah hospital swasta di ibu negara.
Muhammad Taufik merupakan cahaya mata pertama pasangan yang sah bergelar suami isteri pada 7 Jun 2013 menerusi majlis pernikahan yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.
Berita baik tersebut disebarkan oleh pelakon yang pernah membintangi drama Setia Hujung Nyawa itu melalui laman sosial Instagramnya pada 9 Julai lalu. Mengakui perasaannya gementar apabila pertama kali bergelar bapa, Amar bagaimanapun bersyukur kerana bayi seberat 3.7 kilogram itu selamat dilahirkan dengan sempurna.
Ikuti temu bual Kosmo! selanjutnya bersama pelakon yang pernah membintangi filem Penunggu Istana itu.
Kosmo!: Bolehkah Amar kongsikan pengalaman pertama anda bergelar bapa?
AMAR: Pada mulanya, saya tidak sangka bayi kami akan selamat dilahirkan pada bulan Ramadan memandangkan tarikh sebenar dia sepatutnya dilahirkan adalah selepas raya. Namun demikian, perasaan gemuruh dan berdebar itu hilang apabila doktor mengatakan kepada saya bahawa isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki yang sempurna.
Bagaimanakah keadaan isteri anda sekarang?
Alhamdulillah keadaannya stabil, bagaimanapun dia tetap tidak dibenarkan pulang selama empat hari bagi membolehkan luka akibat pembedahan sembuh sepenuhnya.
Penaja
No comments:
Post a Comment