Fibriod yang terbesar berjaya dikeluarkan


Chennai: Sepasukan doktor di sini berjaya melakukan pembedahan rumit ke atas seorang wanita untuk mengeluarkan ketumbuhan dalam rahim seberat 14 kilogram dan berukuran lilit 53 sentimeter, yang terbesar dalam dunia.

Wanita berusia 52 tahun itu yang dikenali sebagai Latha, menghadapi masalah untuk bernafas dan sentiasa letih selama beberapa tahun, tetapi tidak menyedari ketumbuhan sebesar buah tembikai itu membesar dalam rahimnya. Dia hanya mendapatkan rawatan di Hospital Kumaran selepas mengalami pendarahan teruk sebulan lalu.

Doktor yang menjalankan ujian mendapati dia terlalu lesu sebelum mengesan ketumbuhan besar pada permukaan luar rahim yang menyebabkan tekanan pada tubuhnya. Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Mani Mekalai berkata, pihaknya terkejut menemui ketumbuhan sebesar itu.


Menurutnya, fibroid terbesar pernah dikeluarkan pakar perubatan sebelum ini ialah di Afrika yang seberat 10 kilogram.
“Berdasarkan saiz fibroid pada Latha, ia mungkin sudah berada di situ lebih 20 tahun lalu,” kata pakar itu. Mani juga berkata, tanda-tanda ketumbuhan biasanya berkait dengan lokasi fibroid. “Memandangkan ia tumbuh di luar rahim, pesakit tidak menyedarinya,” kata Mani. Latha menjalani pembedahan dua hari selepas dimasukkan ke hospital.Pakar bedah, Dr Shiva Kumar berkata, pasukan empat doktor mengambil masa tiga jam setengah untuk membuang fibroid berkenaan. Mereka terpaksa membuang uterus bersama-sama ketumbuhan itu bagi mengelaknya tumbuh semula. Menurut Mani, walaupun ketumbuhan dalam rahim adalah perkara biasa, tetapi fibroid yang dibuang biasanya tidak sebesar itu. - Agensi
---
Ada cara nak elakkan fibriod ni terbentuk, salah satunya pemakanan jamu-jamu terutama selepas habis period dan tiap kali lepas habis period, kena urut seluruh badan dan terutama bahagian rahim agar segala darah yang tersumbat dapat berjalan dengan lancar, kalau dah tersumbat sana sini, ini lah antara punca datangnya fibroid atau cyst.

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...