Menurutnya, pemandu lori terbabit bagaimanapun masih sempat menekan brek sebelum tayaKuala Lumpur: Berpantang maut sebelum ajal apabila seorang gadis terselamat walaupun terperosok di bahagian bawah lori sejurus terbabit kemalangan di simpang Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul, di sini semalam.Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa, Nurhidayatul Afiqah Muassyis, 24, dikatakan terjatuh selepas dirempuh lori itu dari belakang menyebabkan mangsa tercampak. Saksi kejadian, Shamsul Abas, 40-an, berkata, mangsa yang tidak sempat bangkit dari jatuh kemudian hampir digilis lori itu.
lori berhenti hanya beberapa sentimeter dari kepala mangsa. “Seorang penunggang motosikal yang melalui lokasi kejadian kemudian segera memberi bantuan menarik mangsa keluar dari bahagian bawah lori itu. “Gadis terbabit bagaimanapun hanya menangis teresak-esak akibat terkejut dengan kejadian itu. Saya cuba menenangkan gadis itu selain memintanya supaya menghubungi ahli keluarga,” katanya. Dia berkata, mangsa bagaimanapun terus menangis dan memberitahu gagal mengingati apa-apa. “Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian menyebabkan mangsa yang juga penuntut sebuah institut pengajian tinggi itu kian panik. “Saya kemudian menghantar mangsa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan berikutan mangsa mengalami kecederaan kecil pada bahagian kaki kiri,” katanya. Menurutnya, bapa mangsa yang berjaya dihubungi kemudian muncul tidak lama kemudian. “Dia hanya mampu mengucap syukur sambil memeluk anaknya itu. Mangsa benar-benar bernasib baik dan terselamat dari ajal,” katanya - metro
Feredea dapat merasakan dia akan betul-betul trauma dengan kejian ngeri ni. Feredea pernah nampak mayat seorang penunggang motor yang kena langgar kereta yang berlumuran darah, rasa sebak pun ada, tapi hidup ni kita kena teruskan. Kalau semua orang pakai kereta memang boleh sesak satu Malaysia ni, jadi pada mereka yang berada di jalan raya berhati-hati ya.
No comments:
Post a Comment