SEPANG - Seramai 239 penumpang hilang apabila pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang mereka naiki dikhuatiri terhempas di Laut China Selatan berdekatan Vietnam setelah ia terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang di Selangor awal pagi semalam.
Tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara itu berlaku ketika pesawat mewah berkenaan berada di antara ruang angkasa Malaysia-Vietnam di Laut China Selatan kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Pesawat MH370 itu berlepas ke Beijing, China pada pukul 12.41 pagi semalam sebelum dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 2.40 pagi.
Pesawat B777-200 itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu tempatan).
Pesawat yang dikendalikan oleh pegawai berpengalaman Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan Fariq Ab. Hamid, 27, itu turut membawa 12 kru dan dua bayi.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, daripada jumlah tersebut, 38 penumpang adalah rakyat Malaysia manakala yang lain warganegara China (153 termasuk seorang bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3) dan Amerika Syarikat (3 termasuk seorang bayi).
"Selain itu New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - kosmo
Semoga pihak penguasa dapat jumpa flight ini secepat mungkin. Kalau kita tak boleh nak cari guna teknologi kita boleh guna cara batin. Ada orang yang boleh tahu di mana mereka berada dengan menggunakan tenaga batin. Feredea percaya semua ini boleh dilakukan dengan orang yang benar-benar tahu menggunakannya. Macam dalam filem the sixth sense.
No comments:
Post a Comment