Alor Setar: “Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah apabila diberi susu,” kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23. Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, di sini, Isnin lalu.
Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas. Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini. - hmetro
Apalah nasib bayi yang terbersalah ni, kesian aku tengok. Sampai melecur kulit seluruh badan. Patutnya saman aja doktor yang kasi ubat beracun ni. Entah-entah tak ada kelulusan doktor berlagak jadi doktor, atau betul-betul sebab cuai kasi ubat. Macam -macam kes boleh berlaku. Harap sebagai ibubapa kalau dah nampak simptom2 yang pelik ada pada bayi cepat-cepat jumpa pada doktor yang lain pula. Semoga anak ni selamat amin. Ini semua dugaan.
No comments:
Post a Comment