Air 6 empangan tak naik, Hujan Masih Lagi Kurang



Kuala Lumpur: Enam empangan di Selangor dilaporkan masih tiada peningkatan kapasiti air berikutan kadar taburan hujan yang masih kurang. Hasil semakan dalam laman web rasmi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), semalam mencatatkan kapasiti takungan air di empat daripada tujuh empangan masih kekal pada paras kritikal iaitu kurang 70 peratus. Empangan Klang Gate mencatatkan kapasiti 51.1 peratus bersamaan 12.9 juta liter padu, Empangan Langat (55 peratus/18.9 juta liter padu), Empangan Sungai Selangor (38.4 peratus/88.4 juta liter padu) dan Empangan Sungai Tinggi (66.6 peratus/76.3 juta liter padu). Kapasiti tiga empangan lain termasuk Empangan Batu, Semenyih dan Tasik Subang pula kekal pada tahap melebihi 70 peratus. Empangan Sungai Selangor pula tidak berubah dengan masih menghampiri paras kritikal iaitu 30 peratus bersamaan 69 juta liter padu. 
Sekalipun hujan di beberapa kawasan, beberapa empangan masih mencatatkan penurunan kapasiti air tidak ketara berbanding dua hari lalu. Empangan yang mencatat penurunan kapasiti air ialah Klang Gate, Langat, Sungai Selangor dan Sungai Tinggi. - metro

Marilah kita bersama berdoa agar Allah turunkan hujan yang lebat supaya empangan kita berada di tahap yang stabil. Terus terang Feredea mengatakan bahawa, selama ni Feredea terasa mengeluh tiap kali hujan turun dengan lebat waktu petang terutama masa driving. Jalan jali jem, orang pun memandu dalam keadaan yang perlahan, bila dah tak nampak ada pula yang tersesat jalan. Maklumlah di KL ni jalan bersimpang-simpang. Tapi kali ni memang iklhas Feredea bersyukur tatkala jerebu mulai hilang dan hujan turun walaupun masih lagi belum memadai. Alhamdulillah....aku bersyukur pada MU Ya Allah...amin. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...