500,000 mohon 80,000 rumah
Kuala Lumpur: Projek Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sudah menerima 500,000 permohonan untuk fasa kedua yang memperuntukkan 80,000 unit baru pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata, permohonan itu diterima menerusi dalam talian sejak ia dibuka pada Januari lalu. “Projek ini melalui pelbagai peringkat dan perlaksanaannya diteruskan. Pemberian rumah ini diberikan mengikut syarat ditetapkan,” katanya ketika menjawab pertanyaan bertulis Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) di Dewan Rakyat di sini, semalam. Menurutnya, permohonan PR1MA dibuka kepada mereka yang berpendapatan sederhana antara RM2,500 dan RM7,500. “Di Selangor 8,740 unit masih dalam pembinaan manakala Wilayah Persekutuan sebanyak 7,342 unit. Kami capai matlamat apabila meluluskan 80,444 unit tahun lalu,” katanya. Katanya, keputusan pemberian PR1MA dibuat secara berperingkat sehingga mencapai 80,000 unit.
“Kami mengadakan rundingan dengan Kerajaan Negeri dan swasta. Ada rundingan babit tanah swasta dan ia tidak boleh dinyatakan projek secara khusus untuk mengelak terencat rundingan,” katanya. Soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) mengenai projek PR1MA diberi kepada 1MDB, Shahidan menyatakan pemberian tender itu dibuat secara terbuka dan memberi keutamaan pada tanah Kerajaan Negeri dan swasta. “PR1MA menanggung diskaun 20 peratus kepada semua perumahan dibina. Diskaun ini diberikan mengikut pelbagai kategori sama ada bujang, berkahwin dan mempunyai anak,” katanya.- hmetro
Wah! ramainya yang mohon PR1MA. Feredea pun tak terfikir nak apply, tapi bila baca berita ni, bagus juga ...boleh la apply hahaha.... dah ketinggalan. Dekat separuh juta orang dah memohon.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?
Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...
No comments:
Post a Comment