Kelebihan Berselawat

Salam, hari ini Feredea nak berikan sedikit perkongisian kenapa pentingnya Selawat. Dah lama tak bagi tazkirah kat blog ni, banyak berita pasal artis, pasal kes-kes jenayah. Tapi kali ini Feredea nak kongsi pasal agama. Semoga kita semua dapat ambil pengajaran amin. 

🔸Apakah penting
Selawat ?

🔹 Kenapa semua orang berselawat ? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama sama selidiki kebesaran selawat ini. Oleh itu, pagi ini kita akan menbincangkan tentang keajaiban selawat.

🔺Sabda Rasulullah saw :

" Barangsiapa yang berselawat keatas ku sekali nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda.
( HR MUSLIM)

🔺Allah akan hapuskan dosa dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

🔺Jodoh di tentukan Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita.

🔺Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. InsyaAllah perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

🔺Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat waktu akan hilang kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

🔺Amalkan membaca selawat 1000 kali sehari. InsyaAllah akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

🔺Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali sehari dengan izin Allah dirinya akan lebih di hormati dan di hargai oleh orang lain.

🔺Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan di permudahkan Allah seperti yang di hadapi oleh para nabi.

🔺Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insya Allah akan di hindarkan dari sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

🔺Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali oada malam Jumaat insyaAllah akan beroleh kebahagian sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

🔺Amalkan selawat 11 kali sehari selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

🔺Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang di ajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

🔺Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan Nya.

🔺Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah. Lebih lebih lagi di saat kita menghadapi kesukaran hidup.

🔺Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

🔺Sesiapa yang amalka selawat 1000 kali sehari , Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

🔺Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, di permudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadanya.

🔺 Menurut As Shawi, sesiapa yang menbaca selawat secara rutin akan tepelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

🔺Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi & petang akan memperolehi keredhaan serta di jauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

🔺Sesiapa yang membaca selawat 7 kali selama 7 Jumaat berturut turut, ia bakal memdapat syafaat
( pertolongan ) daripada baginda saw.

🔺Menurut Al Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat untuk menemui Nabi saw dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

🔺 Ada riwayat yang menyatakan bahwa amalan berselawat 80 kali selepas solat Asar pada hari Jumaat insyaAllah akan di hapuskan dosa dosa kecil seseorang.

🔺Sesiapa yamg sering mengamalkan selawat pada setiap hari, Allah akan membuka pintu rahmat dan rezeki yang tidak di sangka sangka baginya.

🔺Jiwa yang resah gelisah dapat di tenangkan dengan zikir termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu maha luas rahmat Nya.

🔺Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insyaAllah di hindarkan daripada taun san wabak penyakit berbahaya yang lain.

🔺Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahaan, rasa dukacita serta di kabulkan Allah akan hajatnya.

🔺 Menurut para Ulamak, sesiapa yang menginginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat maghrib.

🔺Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 - 100 kali setiap hari di ikuti dengan usaha yang berterusan.

🔺 Sabda Nabi saw :

" Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari JUMAAT maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya.
( HR ABU NAIM)

🔺Sabda Nabi saw :

" Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat ( HR THABRANI )

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang orang yang berselawat . Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam keatas baginda Nabi Muhammad Rasulullah saw mudah mudahan kita tergolong dalam orang orang yang beruntung di dunia dan akhirat....insya Allah..

🔅 Wallahu 'alam.. - dari fb
Buang Bulu Roma Dengan Pantas Selamat dan Berkesan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...