Kuala Lumpur: Ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih sejam malah beberapa kenderaan tenggelam akibat banjir kilat berikutan hujan lebat melanda ibu kota, petang semalam.
Air mulai naik berikutan hujan lebat bermula kira-kira jam 3.30 petang itu.
Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kesesakan beberapa jalan utama yang dinaiki air hingga menyukarkan kenderaan melalui kawasan berkenaan, kira-kira jam 5.15 petang.
“Kami juga menerima laporan mengenai beberapa kenderaan ditenggelami air di Jalan Kuching dan Jalan Rahmat. “Kebanyakan kenderaan ditenggelami air adalah yang ditinggalkan di tempat letak kenderaan oleh pemilik yang bekerja di bangunan berhampiran.
“Bagaimanapun, tiada laporan pokok tumbang dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat petang ini (semalam),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Harian Metro difahamkan, Jalan Ipoh, Jalan Pantai Baru, Jalan Bangsar, Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi dan Bandar Tasik Permaisuri turut dilanda banjir kilat dan pengguna lalu lintas terperangkap selepas kenderaan mereka dimasuki air. - hmetro
----------------------------------------------
Inilah rupanya KL yang dilanda ribut, petir hujan lebat yang mencurah-curah. Alhamdulillah, setelah jerebu, hujan pun turun, pagi ini dapat hirup udara yang begitu nyaman sekali. Ramai orang terperangkap di dalam jem yang amat dasyat. Semoga mereka tabah mengharunginya demi mencari rezeki yang halal. Insyallah
Tak lama lagi dah nak raya haji...
No comments:
Post a Comment