Umpama bait lirik lagunya, Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, begitulah realiti kehidupannya yang tidak seindah kanak-kanak seusia.
dah cantik ibu Tegar....kalau ada duit semuanya bisa... |
Inilah tegar masa jadi pengemis jalanan |
bersama adiknya... |
Ketika kanak-kanak lain riang menjalani kehidupan bersekolah dan bermain sesama rakan, segala-galanya berbeza bagi si cilik berusia 12 tahun ini. Sisa hidupnya selama sembilan tahun diabdikan dengan mencari rezeki demi menyara keluarga.
Gelaran pengamen atau penyanyi jalanan sudah digalas Tegar Septian sejak berusia tujuh tahun lagi. Berbekalkan Ukulele yang dibeli hasil kerja kerasnya sebagai pengamen, alat muzik itu menjadi teman mencari rezeki di jalanan.
Tidak pernah minta hidupnya demikian, apatah lagi keinginan untuk bersekolah masih menebal dalam diri. Tetapi, si kecil ini nekad tidak bergantung harap kepada orang lain.
Niatnya cukup mulia, mencari sesuap nasi untuk ibu dan tiga adiknya. Biarpun susah, dia berusaha memperbaiki kehidupan keluarga. Siapa sangka, berkat kecekalannya, Tegar mencetus fenomena dalam industri seni Indonesia.
Tidak menduga hidupnya akan berubah sekelip mata selepas bertemu operator telekomunikasi, Alfas Hermansyah yang kebetulan menyaksikan telatah si kecil ini bersama Ukulele berkeliaran di sekitar kota Subang, Jawa Barat, Indonesia, setahun lalu.
Pertemuan singkat itu membawa penyanyi yang dianggap bersuara unik ini ke syarikat rakaman, Harpa Records. Dalam tempoh setengah tahun, namanya menjadi bualan bukan saja di seluruh Indonesia, malah bakatnya disebut-sebut di Malaysia.
Tak sedar aksi dimuat naik di Youtube
Daripada tinggal di sebuah rumah setinggan yang keluasannya hanya 4 x 6 meter, Tegar kini tersenyum kerana sudah memiliki rumah sendiri di Subang. Tegar juga sudah membeli motosikal sendiri.
Video Tegar yang dimuat naik ke laman Youtube sejak Mei tahun lalu, sudah mencecah lapan juta tontonan.
"Kalau saya mengamen, biasanya dapat 60,000 ke 100,000 Rupiah sehari. Saya juga pernah pulang ke rumah dengan tangan kosong. Hasil itu akan saya belanjakan untuk keluarga dan ada ketikanya bersama teman di kafe siber untuk bermain game.
"Dijadikan cerita, ada orang yang rakam dan memuat naik video saya ke Youtube. Dalam tempoh sebulan, sudah ada sejuta tontonan. Saya tidak minta video saya dimuat naik, tetapi, syukur Alhamdulilah, berkat kesungguhan saya untuk menjadi penyanyi dan orang kaya, akhirnya dimakbulkan.
"Lagu ini (Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang) asalnya milik Ratna Koin. Tetapi kerana liriknya tidak sesuai dengan saya, jadi diubah oleh Wawan J," katanya.ax - bharian
000000000000000000000000000000000000000000000
Tahniah pada Tegar kerana berjaya mengubah kehidupan keluarga dan tercapai impiannya melihat keluarganya bahagia...
Inilah berkat niat hati suci pada kanak-kanak Tegar ni... niat dia memang suci dan murni tuk tolong ibunya...dan dirinya sentiasa tidak berputus asa dan tidak cepat mengalah...terus berusaha dan menyanyi pada sesiapa saja...nasib dia bertuah pada kali ini, nyayian dia dinaikkan di youtube..adakah kita rasa perkara ini boleh berlaku sekejap saja? Sudah tentu tidak kalau tanya Tegar sendiri...dia dah melalu kesusahan dan mengemis semenjak umurnya 7 tahun sekarang pada umurnya 12 tahun dia berjaya alhamdulillah....
Kesimpulannya, niat yang betul, berusaha tampa berputus asa dan tetap bersyukur dan bahagia apa yang ada, adalah antara rahsia kejayaan dan kekayaan....
amin
No comments:
Post a Comment