7 ciri orang yang terlalu berkira



1. Makan bersendiri


Mereka yang dikategorikan kedekut ini akan selalu makan bersendirian dan tak kisah seandainya tak ada teman untuk berbual semasa makan demi mengelak daripada membelanja orang lain. 


2. Terus bayar

Selepas memilih makanan akan terus ambil dan membuat bayaran di kaunter agar selamat daripada bayar makanan orang lain. Ada sesetengah tauke kedai makan akan menyuruh kita makan dulu, tapi bagi si kedekut ini cara itu akan undang risiko di mana dia akan diminta untuk bayarkan bagi pihak lain. 


3. Makan dengan cepat

Si kedekut akan makan dengan cepat dan minta diri daripada rakan-rakan dengan memberi alasan ada kerja lain yang harus disiapkan atau ingin ke tandas. 


4. Pilih makanan murah

Bila makan secara beramai-ramai, kemudian tentu duduk semeja dengan rakan lain. Si kedekut akan pasang strategi di mana hanya akan pilih makanan yang paling murah. Misalnya makan sepotong buah tembikai saja dan berlakon kononnya sudah kenyang. Sedangkan kawan-kawan lain makan dengan pelbagai jenis lauk-pauk. Ketika itu sudah tentu rakan lain mudah bersimpati dengannya dan tak akan minta dia untuk bayarkan makanan mereka. 


5. Berpura-pura

Si tangkai jering ini akan buat-buat membalas mesej seseorang dan sibuk dengan telefon bimbitnya terutama bila tauke sedang mengira makanan di meja atau berpura bercakap di telefon hingga ada kawan yang tolong bayarkan lebih awal makanan yang dipesan itu . 


6. Kawan suka bayar

Antara taktik yang sering dilakukan juga adalah dengan cara mendiamkan diri. Kemudian mengajak kawan-kawan yang pemurah untuk keluar makan bersama sudah tentu mereka yang akan tolong bayarkan nanti. Selamatkan wang sendiri! 


7. Berebut untuk bayar

Dalam situasi ini mereka berlakon keluarkan dompet dari belakang seluar. Tapi entah mengapa dompet itu seolah melekat pula mungkin tebal dan sukar ditarik keluar dari poket seluar. Ketika itu ada kawan yang sudah tolong bayarkan dan si kedekut akan tekan semula dompet itu masuk ke dalam poket seluar. - utusan
----
Penaja Atikel
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
Hot and Cold Facial Steamer
Buat Apa Belanja Salon Mahal2, Kan Senang Buat Sendiri Di Rumah Sambil Tengok TV
Kajian membuktikan wap air panas dapat membuang kotoran wajah dengan lebih cepat sekaligus melembabkan kulit



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...