Tahniah Pemenang Kilauan Emas




tersingkir...


Penantian 10 minggu untuk menentukan siapa dia ‘Otai Masih Berbisa’ terjawab jua akhirnya selepas peserta yang terkenal dengan tag ‘Rock Brader’, Mior Yazid bin Ahmad (44 tahun) akhirnya diumumkan juara bagi Kilauan Emas musim ketiga.

Mior yang membawakan dua buah lagu Sampai Disini ciptaan Sri Wirama Adnan Abu Hassan dan Aucu serta sebuah lagu berjudul Purnama dari kumpulan Search telah berjaya membawa pulang sebuah trofi Kilauan Emas musim ketiga, wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro bernilai RM90,000.

Sementara itu, tempat keempat dimenangi oleh Alina bt. Hassan (45 tahun) yang membawakan lagu Vision of Love (Mariah Carey) dan Serambi Kasih ciptaan Sri Wirama Abu Hassan dan Jeff A To Z. Tempat ketiga dan kedua dimenangi oleh Silahuddin b. Hj. Ali dan (52 tahun) dan Idris b. Mohd Shabidin (51 tahun). Masing-masing tempat ketiga dan kedua membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 dan RM15,000 serta sebuah trofi Kilauan Emas musim ketiga.
Menarik pada Kilauan Emas musim ketiga kali ini adalah tiga anugerah yang diberikan kepada para peserta seperti Anugerah ‘Overacting’ Terhebat yang dimenangi oleh Alina, Anugerah Personaliti Polident dirangkul oleh Ros atau Rosiah bt. Satiman dengan wang tunai RM10,000 dan Anugerah Khas Juri yang diberikan kepada Mior bersama wang tunai RM5,000.

Selain itu, pada konsert akhir Kilauan Emas musim ketiga turut menyaksikan penampilan khas Datuk Shake atau Datuk Sheikh Abdullah Ahmad sebagai juri utama bergandingan dengan Ziana Zain dan Datuk Ramli Ms sebagai juri tetap.
Dalam pada itu pelbagai kejutan yang tidak disangka berlaku di Kilauan Emas musim ketiga terutamanya rakan-rakan Idris dari pasukan tentera, kejutan kehadiran enam dari daripada tujuh anak Mior dan kanak-kanak istimewa iaitu Iki yang sentiasa dekat di hati pengacara utama Kilauan Emas musim ketiga iaitu Raja Azura atau Kak Engku.
Dengan pengumuman Mior sebagai juara pentas akhir Kilauan Emas musim ketiga maka berakhir sudah pencarian ‘Otai Masih Berbisa’ untuk kali ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang tidak henti-henti menyokong dan menonton program Kilauan Emas sejak dari musim pertama serta penaja utama Polident sebagai penaja utama.
Kilauan Emas dibawakan oleh Polident dan Astro Prima (105) serta dihoskan oleh dua pengacara hebat Raja Azura dan Feeya Iskandar. Tinggi penghargaan dua juri tetap Ziana Zain dan Datuk Ramli MS dan dua tenaga pengajar Sri Wirama Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar sebagai guru vokal.
Konsert Akhir Kilauan Emas 3 bersiaran langsung di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam bermula jam 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Mustika HD (134).

Wow!! otai masih lagi berbisa pelekat gigi palsu..

Tak minat betul dengan tajaan pelekat gigi palsu ni...buat orang muda kurang selera nak dengar....sebab tak ada kena mengena...ambil la tajaan produk kecantikan atau kesihatan...yang universal...

Tahniah..berbaloi dapat RM50,000 tuah anak2 dia seramai 7 orang..boleh bawa mereka semua pegi bercuti dengan kereta baru di Langkawi....hihi...

Peminat kumpulan rock umur di kalangan 30an adalah majoriti mereka yang suka sms dan celik IT...sapa2 nyanyi lagu irama lain...susah nak menang...kalau perempuan cuba nyanyi lagu ella ke...tah2 dapat no1 ..cadangan saja....

Kilauan emas kali ini tangkap ramai peminat...rasanya pasti ada musim yang akan datang...dengan habuan yang lebih besar....sapa2 nak masuk...berlatih lah dari sekarang dengan set karauke di rumah...

------------------

Nak masuk TV, mestilah jaga kecantikan dari sekarang...tengok akak2 semua lawa-lawa kulitnya, cuma badan kurang slim....tengok pemenang yang k3 badan slim macam anak dara...tu...
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri?
Tingkatkan keyakinan diri 150%

Gabungan herba-herba dan ramuan ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantik, cerah, halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci 
sms/Whatsup/line/wechat 018 263 7833/ sms 013  3084906 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...