Bukti Freemason di Malaysia

Illuminati ini mempunyai premisnya yang sangat kukuh. Dalam al-Quran ada banyak menyatakan tentang gerakan Yahudi. Antaranya bagaimana orang Yahudi ini ingkar kepada ajakan Nabi Muhammad SAW untuk beriman dengan al-Quran. Sekarang ini ada golongan di Malaysia menyatakan Illuminati tidak wujud, padahal memang ada. Mungkin nama berbeza tetapi ia gerakan Yahudi. Gerakan mereka menentang al-Quran sebenarnya. Satu lagi orang kata cerita tentang Illuminati ini cuma satu teori konspirasi.

Dalam manifesto 25 dasar atau prinsip gerakan Freemason atau Illuminati yang dibuat oleh Dr. Adam Weishaupt, antaranya disebut menyebarkan liberalisme. Ini disebut jelas dalam manifestonya dan tidak disembunyikan.

Ini dasar yang sangat fundamental dan daripada situlah pergi kepada liberal agama, liberal budaya dan pelbagai bentuk liberal lagi. Ini juga diwacanakan sebenarnya terutamanya di Barat khususnya Amerika Syarikat (AS). Kalau dahulu, gerakan ini dinamakan gerakan hantu kerana dilakukan secara sembunyi-sembunyi tetapi sekarang secara terbuka.


Kita boleh tengok ada banyak bangunan yang mempunyai kaitan dengan Illuminati di Malaysia. Antaranya, “Masonic Hall” di Jalan OUG Bukit Jalil, Kuala Lumpur, “Masonic Lodge” di Jalan Brown (Pulau Pinang), “Masonic Lodge” Kedah, “Masonic Hall” di Kuala Krai (Kelantan), “Masonic Lodge” di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh (Perak), “Masonic Hall” di Jalan Junid, Muar (Johor) dan “Masonic Hall” di Kuching (Sarawak).

Ada banyak sebenarnya. Maknanya sudah lama wujud. Walaupun bangunan itu tidak dinamakan sebagai Illuminati atau Freemason tetapi di semua bangunan tersebut terdapat simbol Illuminati yang berbentuk seperti jangka tulis iaitu alat geometri.

Kalau tidak silap saya, orang pertama bercakap tentang Illuminati dalam Parlimen ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Gerakan ini memang wujud pada masa itu, tertutup dan menggunakan pelbagai nama untuk kemanusiaan dan kebajikan, hakikatnya mereka menyebar liberalisme. Semua simbol ada maknanya.

Lihat gambar-gambar di bawah semuanya di Malaysia, yang terbesar adalah Masonary di Bukit Jalil, berdekatan dengan stesen LRT.








Ahli perniagaan dari AS, David Rockefeller kini merupakan ketua pertubuhan Illuminati dunia. Dia seperti nabi dalam kumpulan tersebut. Di Malaysia, kumpulan ini banyak dianggotai ahli perniagaan, orang politik dan orang agama.

Senarai ahli kumpulan itu pernah dikeluarkan dan saya pernah lihat sendiri senarai nama itu. Kalau kita bongkar, memang ada senarai nama itu, walaupun bukan senarai penuh. Untuk menjadi ahli kumpulan itu hanya melalui jemputan. Maknanya, mereka dipilih dan bukannya boleh memohon dengan mengisi borang.
Sebab Illuminati mempromosikan liberalisme dan ia dibuat atas pelbagai nama seperti hak asasi manusia, hak golongan minoriti, kemajuan, globalisasi, kemiskinan serta wacana intelektual dan pencerahan. Mereka menyertai Illuminati bukan bercakap tentang manfaat dari perspektif agama.
Mereka ini hendak tunjukkan mereka adalah manusia yang ikut trend dan universal. Orang Islam sekarang banyak terpengaruh dengan Barat. Jadi, apabila hendak mengkaji agama dan al-Quran, mereka menggunakan standard yang digunakan oleh Barat untuk mengkaji Islam atas nama akademik atau ilmiah.
Maka mengikut kriteria Barat yang dinamakan “sapere aude” atau pemikiran bebas. Seorang bekas aktivis yang menjadi pemimpin parti politik pernah mengatakan, “Saya sudah dua dekad menghayati sapare aude.” Liberalisme ini sebenarnya bukan neutral.
Orang mengatakan pemikiran bebas tetapi tidak bebas sebenarnya. Nama sahaja bebas dan hak asasi tetapi mereka terikat dengan pemikiran Hegelian Dialectic. Noam Chomsky yang dikatakan liberal mestipun terikat dengan pemikiran Marxisme. Budak-budak muda sekarang terpengaruh dengan pemikiran bebas tetapi mereka tidak tahu hakikatnya ia tidak bebas. Kalau kita kaji demokrasi dan komunis sama sahaja. Demokrasi pun kuku besi. Parlimen itu parlimen diktator.

Illuminati ini adalah ajaran sesat paling besar dan jauh lebih bahaya daripada kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain. Illuminati ini dianggotai orang cerdik, pemimpin politik, profesional, kaya, pandai bercakap dan merancang. Mereka ada program untuk memperluaskan pemikiran mereka. Masyarakat perlu tahu fahaman liberal ini sudah masuk ke kampung-kampung.
Saya fikir kerajaan sedar tentang gerakan Illuminati di Malaysia. Walaupun bangunan-bangunan kumpulan tersebut tidak menggunakan nama gerakan itu tetapi simbol Illuminati terdapat pada bangunan itu. Kerajaan perlu memantau apa aktiviti yang dibuat di situ. Kalau kerajaan boleh melarang penggunaan nama komunis dan logo komunis pada premis, tindakan sama juga perlu dilaksanakan ke atas simbol-simbol Illuminati.
Pada masa sama, wacana al-Sunnah wal Jamaah wajib ditekankan dalam semua perspektif kehidupan agar umat Islam tidak terpengaruh dengan pemikiran liberalisme. Kita lihat sekarang orang kita banyak terikut-ikut dengan budaya hedonistik.
- Sumber maklumat perbualan dari Ismail Mina
Gambar dari carian google


Pada mereka yang inginkan kemewahan, kekayaan yang melampau, menjadi seorang yang popular dan dikenali ramai, kesemuannya boleh dilakukan dengan syarat menyerahakn roh untuk menyembah Dajjal dan Satan. Mereka dipaksa untuk berikan korban bayi, kanak-kanak dan dawah orang Islam. Begitulah bagaimana Illminati dan Freemason ini dapat mengawal dunia.
Benarlah kata Nabi Muhamad s.a.w.




---------------iklan------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi Takaful, Hibah, Wasiat dan Perancangan Persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. Buat keputusan yang bijak! Survey dahulu.
Hubungi Siti Rahmah (Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...