5 Risiko Mengandung Rapat Lepas Caesarean

Berapakah jarak yang sesuai untuk hamil jika anda bersalin secara Caesarean? Kebanyakan pakar menyatakan para ibu yang bersalin secara Caesarean haruslah merancang kehamilan seterusnya selepas tempoh dua tahun. Ini kerana terdapat pelbagai risiko yang boleh berlaku kepada anda. Antaranya:

Parut pembedahan belum sembuh sepenuhnya
Mungkin parut pembedahan terdahulu belum sembuh sepenuhnya dan ia mudah terbuka.
Komplikasi kehamilan
Anda mungkin akan mengalami komplikasi kehamilan seperti uri melekat (placentra accreta), uri bawah (placenta praevia) atau komplikasi lain.

Rahim koyak
Sememangnya doktor sukar menangani proses kelahiran ibu. Ini kerana koyakan yang berlaku boleh menembusi ke seluruh ketebalan dinding rahim hingga ke permukaan luar.

Tumpah darah
Sukar menangani masalah tumpah darah sehingga memerlukan pemindahan darah, pembedahan membuang rahim dan lain-lain.

Kemudaratan kepada ibu dan bayi
Anda bukan sahaja boleh kehilangan banyak darah, malah anda mungkin mengalami komplikasi yang teruk akibat pendarahan di mana bekalan darah kepada bayi boleh terputus sehingga boleh memberi kesan tidak baik kepada organ-organ bayi seperti buah pinggang dan otaknya juga.

Oleh yang demikian, para suami haruslah bersabar dengan tabiat isteri kerana ia hanyalah sementara.
Selamat mencuba. Paling penting jangan lupa pakai corset. Kalau perut nampak dah tak cantik, orang mengata plak... so please la pakai hokey....
Click sini islalisacorset.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...