Monday, May 8, 2017

3 Jenis Jamu Buatan Sendiri Selamat dan Bagus Untuk Ibu Berpantang

Bagi wanita yang baru lepas bersalin, anda boleh mengamalkan atau membuat sendiri jamu di rumah. Anda boleh mencuba 3 jamu di bawah!


1. JAMU UNTUK MENAMBAH TENAGA DAN DARAH (amat baik untuk tubuh dan kulit)

Bahan-bahan diperlukan:

1. 1 biji ubi bit merah sederhana besar
2. 1 biji lobak sederhana besar
3. 1 biji tomato
4. Sebatang daun saderi

Cara membuatnya:

Kisar semua bahan.

Tapis dan boleh di minum.

Juga boleh di simpan di dalam peti dan di minum tiap hari.

*** Resepi  Jamu atau Jus di atas adalah dari YM Dr. Tunku Zaidar.

2. JAMU BAGI WANITA MENYUSU BAYI

Bahan- bahan diperlukan:

1. Kunyit
2. Halia
3, Manjakani
4. Asam jawa
5. Madu

Cara Membuatnya:

Rebus manjakani , kunyit dan halia.

Kemudian blend ketiga-tiga bahan yang telah di rebus tadi.

Campurkan dengan asam jawa dan madu.

Siap untuk di minum.

Baki boleh di simpan di dalam peti.

Amalkan selama 3 hari berturut.

Sesuai juga diamalkan oleh ibu yang menyusukan bayi.

***Resepi jamu ini dari Puan El Zarim.

3.  JAMU DARA UNTUK WANITA

Bahan-bahan diperlukan: 

1. Daun sireh 30helai
2. 1 cawan isi cekur
3. 1 cawan kunyit hidup
4. 4 cm halia
5. Asam jawa secukup rasa
6. Air masak bertapis atau air mineral 1.5liter
7. Gula Organik (jika suka untuk menambah rasa) atau gantikan dengan madu

Cara Membuatnya: 

Kisar semua bahan di atas.

Tapis dan minum.

Lebihan boleh disimpan di dalam peti dan di minum setiap pagi.

Selamat mencuba.

*** Resepi Jamu Khas untuk wanita ini adalah dari Puan Zam Zariah.

Selamat mencuba. Paling penting jangan lupa pakai corset. Kalau perut nampak dah tak cantik, orang mengata plak... so please la pakai hokey....
Click sini islalisacorset.com



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas