Monday, January 9, 2017

Cara Hilangkan Kedut Di Dahi & Bahagian Mata Lebih Cepat

KEDUT..??? KEDUT…???  KEDUT..???

Wanita cukup sensitif kalau 'komen lebih' bab kedut di kulit wajah. Kedut paling ketara adalah di bahagian mata dan dahi, walau pun you all masih muda. Pasti ada!


Selepas ini you all boleh atasi masalah ini dengan rujuk petua yang menggunakan bahan ini untuk lebih jimat dan selamat pada kulit wajah...



1. Minyak zaitun
Minyak zaitun mampu hilangkan kedut wajah hasil daripada nutrisi yang boleh merangsang kulit untuk pertambahan kolagen secara semula jadi. Elok disapu ketika sebelum tidur setiap malam sebelum tidur. Kesannya kulit wajah anda pasti berbeza dan lebih sihat.

  
2. Lidah buaya
Lidah buaya kaya dengan antioksida yang diperlukan kulit. Campur dengan putih telur dan jadikan masker dua hari sekali untuk mengurangi kedut di dahi. Bilas sehingga bersih selepas 15 minit. Anda boleh amalkan memakai masker 2 kali sehari, pagi dan malam untuk hasil yang lebih cepat dan segar.


3. Makan sayur dan buah
Perlu tukar gaya hidup dengan melebihkan makan sayur dan buah-buahan segar untuk dapat kulit yang cantik dan lebih lembap. Tetapi anda juga perlu seimbangkan harian dengan selitkan sedikit sukan bagi mengeluarkan peluh. Tidak perlu berlari, janji keluar peluh untuk singkir racun dalam tubuh badan.



4. Lemon
Buah yang kaya vitamin C seperti buah lemon dan limau nipis atau pelbagai buah yang jenis masam boleh dijadikan masker untuk hilangkan kedutan pada wajah. Potong dan picit buah lemon di dahi dan lakukan sehari sekali.


Sekarang you all boleh rawat dan atasi masalah kulit wajah tanpa perlu membeli sebarang produk. Satu lagi petua harian, jangan biasakan mengangkat kening agar tidak timbul kerutan di dahi. Cuba amalkan selalu tau…

Selamat mencuba you all..!!!

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas