Thursday, December 22, 2016

Tips Berpantang Yang Perlu Anda Tahu!!!


Add caption


Baby!... siapa yang tak suka baby kan???
Alhamdulillah...hmm...tapi bagaimana nak maintain badan selepas bersalin eh?
Biar kekal anggun menawan, mantap macam anak dara semula? Dalam masa sama "still" nak susukan anak sepenuhnya dengan susu badan.

Haa...inilah yang kita nak kongsikan kali ini.
Di sini ada beberapa tips selepas kami lakukan beberapa "research".
Jom baca dan amalkan! Biar suami tetap sayang...hehe :)


1) Bengkung
Ini WAAAJIB!. Wajib tau..bukan sunat ke, harus ke... Kalau tiba-tiba terpaksa bersalin di "oversea", plan awal-awal ngan En Suami untuk bawa "bekalan" bengkung ni siap-siap. Masa nak berbengkung tu... sapu sedikit kapur yang dicampur titisan jus limau atau jamu pada perut. Berbekung ni saangatt membantu mempercepatkan proses untuk menguruskan perut. So penting kan???
Kalau gitu, kenalah pakai setiap hari. Make sure buat sampai 3 bulan tau ;).



Bila dah berbengkung ni, kita pun akan rasa lebih selesa dan yakin nak bergerak ke sani-sini. Saya guna bengkung yang tali panjang berdepa-depa tu. Untuk anak kedua ni pun sama. Tapi zaman sekarang tak susah dah.... dah tak payah kusut dengan tali-tali lagi dah. Tak payah nak susahkan orang lagi nak tolong ikatkan bila nak pakai. Kalau nak bengkung korset pun lebih mudah. Sekarangn ini tak payah pakai tali-tali mengikat dan nak kena orang pakaikan. Camne nak uruskan sendiri? Pakai aja korset. Tapi you all kenalah pilih yang sesuai tau.


2) Stoking
Stoking ni pun satu perkara yang wajib gak. Tanggal masa nak mandi atau pergi ke tandas jer. Means kene pakai sepanjang masa. Stoking ni bertujuan nak elakkan badan masuk angin. Kalau tak, mesti letih lemau rasa badan. Jangan pulak pilih setokin yang nipis tau. Pilih setokin yang tebal. Nak jalan sana sini tumit kaki tak pecah dan rasa selesa nak pijak simen atau tiles.



3) Bertungku
Bertungku pun antara perkara yang tak boleh tinggal. Dengan bertungku, ia akan cepatkan proses kecutkan bengkak rahim serta dalaman. Di samping tu, darah-darah kotor pun cepat keluar. Nanti rujuk bidan cara bertungku yang betul. Sekaligus dapat naikkan peranakan.



4) Berurut
Berurut pada saya pun perlu. Nak tambah kesegaran badan serta boleh juga request dengan bidan untuk urut lancarkan pengeluaran air susu. Lepas tu siap-siaplah dengan pam in case baby dah kenyang menyusu. Kalau tak, kita pulak boleh demam akibat bengkak susu yang melimpah ruah.

Nak cadangkan tukang urut best pun, saya bukan tahu sangat sebab kadar rasa best berurut ni bergantung pada diri para ibu sendiri. Tapi boleh rujuk hospital bersalin punya post.



5) Makanan Berpantang
Dulu berpantang pagi petang minum air milo, makan roti dan biskut jer. Nasi pula makan masa panas-panas berlaukkan sawi rebus dan ikan panggang garam kunyit. Kadang-kadang, bilis goreng tanpa minyak.

Macam sedih jer…hahaha. Rupanya-rupanya pelbagai menu berpantang berlambak-lambak yang kita boleh buat. Google jer kan. Lepas ni boleh ler nak try. Malah, kalau nak tempah pun, boleh cuba hubungi Mangkuk Tingkat atau A Good Maid. Wahhhh, mudahnya zaman sekarang. Cubalah masak ikan masak stim memang terangkat bila makan nasi. Sedap wei! Tapi jangan lebih-lebih pulak...nanti susah pulak nak kuruskan badan kembali.



6) Minum Air
Kalau ikutkan, ramai yang berpantang cara lama tak beri minum air. Tapi air kosong ni penting bagi mengelakkan kita terhidrat di samping  membantu penghasilan susu. Sebaik-baiknya para ibu minum air suam dengan kadar yang sedikit tetapi kerap.



7) Berpantang Ais
Mak sayang memang letak sign “DO NOT TOUCH” besar-besar untuk air ni. Sebabnya boleh buat badan kita mudah sakit-sakit. Kalau boleh, berpantang selama 6 bulan daripada mengambil ais. Kalau dapat 1 tahun lagi bagus. Erkkkk! 1 Tahun? Anakandanya 8 bulan jer kot….hahaha



8) Jamu vs Suplemen Moden
Jamu atau vitamin moden ni terpulanglah kepada individu. Tapi dalaman memang perlu jaga. Cuma jamu ni biasanyacboleh sebabkan baby kuning atau kepanasan hingga cirit-birit. Kalau nak pilih vitamin semulajadi sebagai jamu moden pun boleh juga. Tapi pastikan yang ianya betul-betul selamat dan berkesan. Nak betul-betul selamat buat sendiri. Nak tahu camne nak buat sendiri nantikan posting yang akan datang saya akan buat research sikit ye. Rajin la lawat blog ini..



Apa yang penting, jangan culas berpantang ye ibu-ibu. Masa ni memang tak terasa apa-apa. Tengoklah nanti, baru 30-40-an, badan dah sakit sana-sini. Lagipun, berpantang ni adalah peluang keemasan untuk para ibu jadi semakin cantik macam anak dara dulu. Asalkan berpantang dengan betul-betul walaupun tidak terlalu ekstrem. klik sini kalau nak nampak body mantap cantik dan slim ramping dengan pantas. http://islalisacorset.com



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas