Tiada manusia yang tak pernah lakukan kesilapan. Sebagai manusia, baiklah kita maafkan saja.
Memaafkan akan buatkan:
Membuatkan hati lebih tenang – meminta maaf dan memberi maaf membuatkan hati lebih tenang. Percayalah maaf juga boleh menjadi penawar hati untuk menjadi tenang.
Wajah gembira – ia akan membuatkan wajah kita mudah mengukir senyuman dan ceria kerana maaf yang dpinta dan diberikan. Memaafkan kesalahan orang lain amat baik kerana ia boleh mengubah segalanya.
Membersihkan hati – sikap memaafkan dan mahu meminta maaf dapat menghilangkan rasa dendam dalam hati.
Menyembuhkan penyakit hati- menerusi maaf kita dapat mengubati segala perkara yang berlaku dalam hati kita.
Doa dimakbulkan – orang yang mahu memaafkan mudah untuk dimakbulkan doa mereka.
Ikatan dapat dijalinkan semula – orang yang memberi maaf dan meminta maaf dapat memulai pertalian semula tanpa rasa benci dan dendam.
Menjadikan diri lebih sabar dan redha – kita menyedari bahawa tidak semua orang sempurna dan diri sendiri juga tak sempurna. Jadi apa salahnya kita memaafkan kesalahan orang lain kerana kita juga tidak sempurna.
Hilangkan rasa dendam, maka jiwa akan tenang,
Kuatkan semangat untuk memohon maaf,
Kuatkan hati untuk memberi maaf,
Semoga semuanya menjadi lebih mudah.
Untuk diri kita dan juga mereka
No comments:
Post a Comment