Takaful Medical Card AIA Terbaik








A-Medik adalah pilihan terbaik untuk anda kerana Pelan Kad Perubatan ini menawarkan pilihan yang sesuai dengan keperluan serta bajet anda:

1. Kad Perubatan Satu Keluarga (Ayah, Ibu dan 4 Orang Anak)
2. Kad Perubatan Suami dan Isteri
3. Kad Perubatan Suami dan Anak-anak
4. Kad Perubatan Isteri dan Anak-nak
5. Kad Perubatan Individu


APAKAH KELEBIHAN KAD PERUBATAN TAKAFUL KAMI?

1. TIADA LIMIT HAD SEUMUR HIDUP – anda mampu memilih pelan kad perubatan keluarga dengan limit (minima RM90,000/tahunan setiap ahli keluarga), tetapi TANPA LIMIT SEPANJANG HIDUP memberikan anda ketenangan hati kerana anda dijamin tidak akan kehabisan perlindungan tidak kira berapa banyak anda membuat tuntutan. (bergantung kepada tuntutan maksima setiap tahun).

2. Perlindungan Menyeluruh – melindungi anda dari penyakit biasa seperti deman biasa, denggi dan sebagainya. Melindungi anda ketika berlaku penyakit kritikal seperti sakit jantung, kanser dan sebagainya. Juga melindungi anda ketika berlaku kemalangan jalan raya, ketika bersukan, membersih rumah dan sebagainya.

3. Kemasukan Hospital Tanpa Gangguan Dengan "SWIPE FACILITY" – anda hanya perlu swipe kad di kaunter hospital atau Priority Lane (kaunter khas untuk pelanggan A-Medik di beberapa hospital panel kami), membantu melancarkan kemasukan anda ke wad.

4. Preloaded RM2,000.00 Di Dalam Kad Perubatan – mempercepatkan proses anda mendapatkan Guarantee Letter tanpa perlu deposit. (deposit perlu dibayar seperti kad perubatan lain, sekiranya Guarantee Letter tidak mendapat approval dalam kes-kes tertentu dan terpencil).

5. Tidak WAJIB Mengambil POLISI TAKAFUL HAYAT – kebanyakkan skim kad perubatan memerlukan anda menyertai skim insurans nyawa. Kad perubatan keluarga ini tidak mewajibkan anda menyertai apa-apa skim insurans nyawa. (Namun anda juga boleh lampirkan kad perubatan ini sebagai rider tambahan kepada polisi takaful hayat jika perlu).

6. Kad Perubatan Tanpa Tunai – kad ini adalah plan cashless di mana anda tidak perlu bayar dahulu dan claim kemudian. Pihak takaful akan bayar terus kepada hospital panel. (tertakluk kepada keperluan had ko-takaful).

7. Tiada Perkongsian Limit Perlindungan – di bawah pelan keluarga, setiap ahli mempunyai limit masing-masing. Contoh, pelan minima kad perubatan keluarga memberikan RM90,000 perlindungan setiap ahli keluarga. Jika terdapat 4 anak dan ibubapa, iaitu 6 orang semuanya, maka perlindungan keseluruhan adalah RM540,000.

8. Bayi Baru – setiap anak anda yang lahir akan dilindungi oleh pelan keluarga selepas satu bulan usianya tanpa bayaran lebih.

9. Faedah Penjagaan – membolehkan anda mendapat EXTRA makanan dan katil bagi menjaga anak di wad.

10. Pre & Post Hospitalization – anda juga boleh claim semula bil-bil rawatan selama 60 hari sebelum dan 120 hari selepas dimasukkan ke hospital. Rawatan sebelum dimasukkan ke hospital dan rawatan susulan selepas masuk hospital.

11. Perbelanjaan Rawatan Tradisional - faedah perbelanjaan perubatan dan rundingan termasuk Akupuntur dan Fisioterapi selepas hospitalisasi.

12. Rawatan Pesakit Luar – anda boleh membuat tuntutan semula bil-bil rawatan pesakit luar di klinik dan hospital akibat kemalangan tanpa perlu dimasukkan ke hospital.

13. Hospital Bukan Panel – anda juga boleh membuat tuntutan semula bil hospital anda jika dirawat di hospital bukan panel.

14. Bilik dan Penginapan Tambahan di Luar Negara – tambahan bayaran untuk bilik dan penginapan membantu anda menanggung kos yang biasanya lebih tinggi di luar negara. (hanya North America, EC countries and Japan sahaja).

15. Pemindahan Perubatan Kecemasan – kami akan membayar perbelanjaan bagi kos pengangkutan yang perlu, khidmat perubatan dan bekalan perubatan dan / atau yang diaturkan AIA Services akibat pemindahan perubatan kecemasan. Had seumur hidup sehingga RM500,000.

16. Pelepasan Cukai – sijil ini boleh melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai peribadi. (tertakluk kepada keputusan akhir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri).

17. Lebih 70 Panel Hospital – terdapat banyak panel hospital yang anda boleh gunakan di seluruh negara. Contoh SJMC, PANTAI, ASSUNTA, SUNWAY, DARUL EHSAN, SELANGOR MEDICAL CENTER, TAWAKAL KL, AMPANG PUTERI, DAMANSARA SPECIALIST, GLENEAGLE HOSPITAL dan sebagainya.

18. Carian Panel Hospital secara ONLINE – carian menggunakan applikasi "App Store" memudahkan anda mencari lokasi hospital panel yang berhampiran di mana sahaja anda berada. Rujuk http://goo.gl/7LHQgt

19. Penggunaan iPad Oleh Semua Perunding Kami – permohonan anda akan menjadi lebih cepat, lancar dan terurus. Rujuk http://goo.gl/S4uG1g

20. Kadar Sumbangan Amat Rendah – Pakej individu RM51 sebulan (lelaki), RM63 sebulan (wanita) dan RM230 untuk satu keluarga bagi umur pembayar/pemegang polisi lingkungan 16-35 tahun.

KELEBIHAN KAD PERUBATAN KELUARGA INI BERBANDING KAD PERUBATAN LAIN

1. Hampir semua kad perubatan di pasaran akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi kepada peserta yang MEROKOK. Namun, pelan-pelan yang ditawarkan untuk kad perubatan ini tidak mengenakan bayaran yang lebih tinggi pada PEROKOK. Jika anda seorang PEROKOK, anda tetap bayar harga yang mengikut kadar BUKAN PEROKOK.

2. Hanya kad perubatan keluarga A-Medik ini yang mampu memberikan perlindungan menyeluruh terutama kepada lelaki berpoligami atau mereka yang mempunyai anak-anak dari perkahwinan lain. Pelan ini melindungi semua zuriat anda dan zuriat pasangan anda yang berusia di bawah 23 tahun. (Kini terhad kepada 4 orang anak).

3. Tiada perbezaan di antara jantina. Di bawah pakej kad perubatan keluarga A-Medik, harga yang dibayar tiada bezanya antara lelaki dan wanita.

4. Kad perubatan keluarga ini amat berpatutan harganya. Ini kerana anda membayar satu harga kelompok dan bukan secara individu. Contoh kiraan seperti di bawah di mana kami bandingkan kad perubatan keluarga A-Medik ini dengan kad perubatan individu sebagai contoh syarikat insurans X:

Katakan sebuah keluarga 6 orang ahli iaitu ibu + bapa + 4 orang anak. Katakan ibu-bapa berusia 35 tahun.

--> Di bawah syarikat X: Minima RM100 seorang x 6 orang = RM600.00 sebulan atau RM7,200.00 setahun (Bagi Perlindungan perubatan RM150,000.00 sepanjang hayat)

--> Di bawah skim KAD PERUBATAN KELUARGA A-MEDIK = RM2,762.00 SETAHUN SEKELUARGA. (Bagi perlindungan perubatan RM90,000.00/tahun dan TANPA HAD sepanjang hayat setiap ahli keluarga).

APABILA ANAK ANAK SUDAH DEWASA

- Apabila anak-anak anda sudah dewasa iaitu sudah berusia lebih 23 tahun, anda boleh downgrade pakej keluarga ini pada pakej Suami Isteri. Dengan ini harga pelan ini menjadi jauh lebih murah.


PS : Maklumat di sini adalah sekadar penerangan ringkas ciri-ciri utama produk dan tepat ketika ia dimasukkan. Sila rujuk Sijil Takaful anda dan hubungi perunding kami untuk butiran lanjut atau terma-terma dan syarat-syarat yang tepat.

PPS: Berikutan pembelian dan pengambilalihan ING Group (ING) oleh AIA group Ltd (AIA) pada 18 Disember 2012, bermula 17 Jun 2013 AIA AFG Takaful Berhad (AATB) dikenali sebagai AIA PUBLIC Takaful Bhd (AIA PUBLIC). AIA PUBLIC Takaful Bhd (AIA PUBLIC) kini adalah gabungan bersama ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad (IPTEB) dan tiada lagi jenama 'ING' di pasaran. Kini AIA PUBLIC Takaful Bhd (AIA PUBLIC) merupakan pengendali takaful terbesar di Malaysia.

Lagi Kelebihan Kad Perubatan A-Medik  ADA BANYAK...

Dapatkan Konsultasi Percuma
Hubungi SMS/Whatsapp / Call 

Nasri +6019 3702629
Agen: Kuala Lumpur, Selangor, Seremban



Sediakan Perlindungan Untuk Anda Sekeluarga




Dapatkan Konsultasi Percuma
Hubungi SMS/Whatsapp / Call 

Nasri +6019 3702629

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...