Aktiviti Malam Raya

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni. Sebenarnya ada ramai yang masih lagi google apa nak buat bila nak raya? malam raya orang biasa buat apa? Kan...especially kalau dah biasa membesar di bandar dan rasa konfius apa yang excited sangat pada malam raya ni.

Setelah buat beberapa research admin nak syorkan beberapa aktiviti yang korang boleh buat pada malam raya kan. Memanglah semua boleh di beli sekarang. Tapi apa salahnya sekali sekala masak dan buat satu aktiviti untuk sekeluarga.



Kalau tak ada keluarga, boleh panggil kawan-kawan buat bakar -bakar barbeque satay kat luar rumah. Sedap tau bakar-bakar ni...





Ini adalah antara bahan mentah yang boleh di buat bakar. Udang, ayam dan ikan. Pergh...menusuk kalbulah...kalau makan ramai-ramai.


Tak semestinya budak-budak aja boleh main bunga api dan excited pasang pelita di luar rumah. Orang dewasa remaja pun boleh. Pasang pelita di luar rumah kasi feel musim perayaan sikit..
Orang tua-tua kata, malaikat nampak nak lalu kat rumah kalau kita pasang pelita kekeke...entahler...

Nak feeling lagi.. masak lemak depan rumah. Kalau tak tahu camne senang aja. Boleh beli kat kedai lemang yang belum masak. Pastu buat bara api dan masak lemang tu. Bila bukak dan makan dengan rendang dan BBQ pergh... meleleh you allzzzzz


Join takbir ke rumah-rumah. Confirm dapat makan percuma. 



Tabik bro ni, tolong mak dia buat ketupat banyak-banyak. Besok ramai kawan-kawan nak datang ke rumah. 

Oklah semoga mendapat sedikit idea pada mereka yang blurrr tak tahu nak buat apa pada malam raya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...