Mengapalah pada masa ni ramai sangat kes bunuh teman wanita sebab kes cemburu. Lelaki pun kenalah faham kalau orang dah tak sudi cari aja perempuan yang sudi. Nak awek cun kenalah sabar, kalau tiba-tiba kena rembat dengan lelaki yang lebih bagus kedudukan ekonomi. Sekarang ni masalah ekonomi meleset, semua nak pakai duit. Kalau tak ada duit, cuba perbaiki diri atau cari awek atau janda yang tak banyak soal dan terima anda (lelaki) dengan seadaynya. Saya harap para pembaca lelaki dapat mesej ni dan semoga jenayah disebabkan cemburu dapat dikurangkan.
Kluang: Seorang wanita maut ditikam dengan pisau oleh bekas teman lelakinya di kawasan letak kenderaan tempatnya bekerja di sebuah pasar raya, di sini, 6 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari, berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang bekerja di pasar raya terbabit.
Katanya, difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang masing-masing berusia 20-an itu sebelum lelaki itu menikam bekas teman wanitanya itu dengan pisau di rusuk kiri.
Mohd Roze berkata, kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa gadis berkenaan yang berasal dari Felda Ulu Dengar, di sini, sudah bertunang dengan lelaki lain.
"Suspek mahu kembali ke pangkuan mangsa yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
"Namun, tidak berjaya sebelum bertindak agresif sehingga menikam mangsa," katanya.
Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek dan operasi memburunya sedang dilakukan. - hmetro
saya nak share sikit la kalau ada di kalangan wanita yang baca ada masalah bulu roma. Kalau nak buang bulu roma boleh klik gambar di bawah ye.
No comments:
Post a Comment