Saturday, March 14, 2015

Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri


Tahniah, pada Hanez Suraya yang selamat bernikah dengan Romie. Walaupun dia mengalami kontroversi dengan kisah lampau. Namun, ternyata dia masih lagi ada ramai peminat yang menyokong dia.

Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh bapa Hanez Suraya sendiri iaitu Encik Abdul Aziz Mohd. Said di Masjid Putra, Putrajaya.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 20, 000. Pihak lelaki memberi 7 dulang hantaran, seperti Tepak sirih dan Mas kahwin, Rantai, Al-Quran dan tasbih, set perfume dan alat solek, beg tangan, dan sepasang kasut.

Manakala pihak perempuan, membalas 9 dulang iaitu sirih junjung, Al-Quran/sejadah/tasbih, kek, buah-buahan, set wangian,beg, tali pinggang, baju/seluar dan sepasang kasut.



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas