Pengalaman Kisah Saya Pernah Kena Ragut





Peragut sebenarnya jenayah yang banyak berlaku di negara kita, tapi kalau kita pergi melancong ke negara luar, hampir tiada kes-kes ragut ni. Jenayah seluk saku memang lah banyak serata dunia tapi ragut ni banyak kat negara kita saja terutama di bandar-bandar besar. 

Seluk saku, dompet saja yang hilang, tapi tak ada pula kes orang kena seluk saku meninggal dunia, tapi kes ragut melibatkan nyawa seseorang, dah macam kes membunuh. Dah banyak pun perempuan yang mengandung gugur, cedera masuk longkang, jatuh motor dan meninggal dunia pun ramai... Apa lah nak jadi... kesian pada mangsa peragut tu dan keluarga mereka sendiri. 


Sebenarnya saya juga pernah kena ragut. Biasanya saya memang bawa handbag lawan arus motor, tapi kali ni tak sempat nak silang ke bahu kiri, datang peragut naik motor. Seorang bawa motor yang sorang lagi tarik handbag. Sempat pula dia toleh ke belakang pandang saya. Nak tunjuk dia handal la kononya. Tapi Alhamdulillah saya tidak mengalami apa-apa kecederaan. Saya tak pula berlawan tarik balik handbag tu, kerugian di anggarkan dalam ribuan ringgit juga. 

Sepatutnya kerajaan kena kasi warning pada orang ramai, jenayah peragut ini hukumannya adalah sama dengan kes membunuh. kerana ia melibatkanya banyak nyawa yang hilang, anggota badan yang cedera akibat kemalangan. 

Tips yang saya nak kongsikan. 

1) Sentiasa berwaspada, bawa handbag lawan arus penunggang motor atau laluan kereta. 

2) Jangan melawan peragut, kalau nak lawan pastikan anda punyai sesi teknik pertahanan diri melawan peragut. Bukan macam bersilat, tapi ada teknik sendiri. Kalau kita  pula tarik balik handbag kita, motor peragut tu boleh jatuh dan mengakibatkan kemalangan. Bila dah berlaku, kita juga yang kena nanti.
3) Jangan jalan di tempat yang banyak peragut lalu lalang. Maksudnya tempat yang dekat dengan jalan raya.  Jalan ke tengah sedikit, kalau tepi sangat jalan, mudah bagi peragut meragut handbag kita. 

4) 99% peragut adalah golongan lelaki, mereka akan attack perempuan, yelah sebab mereka rasa perempuan itu lebih lemah dari lelaki. Itu hanya dari aspek psykologi saja. Lebih baik bawalah seorang lelaki abang, ke atau adik sebagai peneman masa anda pergi ke bandar untuk membeli belah. 

5) Area yang paling peragut adalah tempat-tempat yang peragut rasa orang banyak duit, contohnya seperi bangsar, damansara, shopping complex. Jadi elakkan pergi ke sana dan parking di luar kawasan shopping complex. 

6) Pakai pakaian yang nampak murah dan tak ada class. Jadi peragut pun rasa korang tak ada banyak duit, nak ragut pun tak berbaloi. 

7) Jangan menunjuk-nunjuk barang-barang kemas. Palsu atau tidak, peragut tak tahu.

8) Jangan keluar duit dari ATM kemudian berjalan jauh ke destinasi. Kalau boleh lepas keluar duit dari ATM terus bawa kereta ke destinasi yang lebih jauh. Peragut pun tak ada masa nak bawa motor jauh-jauh. Mereka suka ragut kat kawasan mereka saja. Misalan, anda nak ke shopping, duit tak ada, jadi keluarkan duit dari awal di stesen minyak yang berdekatan dengan rumah. Jangan pula dah dekat dengan shopping complex cari ATM mesin kat stesen minyak yang berdekatan. (Sebenarnya inilah kesilapan saya)

Ok itu saja tips yang saya ingin sampaikan. Semoga memberikan manfaat pada semua orang.

http://infojelita.blogspot.com/2013/07/photon-ultrasonic-machine.html

1 comment:

  1. aku pun pernah kena ragut....tapi tak ada apa yang hilang barang make up aku tu ..yang mahal huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...