Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah. Sudah pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Marilah kita bertukar ke arah kebaikan. Mungkin kita dulu selalu hidup berpuak-puak, tapi sekarang terbukti cina, india, melayu berlaian agama, puak, kaum dari tempat yang berbeza datang membantu.
Mungkin dulu kita seorang yang suka bersangka buruk pada orang lain, sangka buruk pada orang yang tidak sebangsa, tidak se negeri, tidak se agama dan berideologi politik yang berbeza. Tapi sekarang mereka lah yang datang dengan bersungguh-sungguh membantu. Ingatlah setiap pengorbanan mereka dan ucaplah terima kasih dan eratkan persahabatan dan ukhuwah. Jangan merungut, Jangan sesekali mencaci dan marah setiap orang yang datang hulurkan bantuan. Ingatlah pada Allah, kerana setiap yang berlaku baik atau buruk atas kehendakNYA.
Kemusnahan fizikal yang biasanya mengiringi banjir besar sangat buruk. Apabila air bah surut, ia boleh memberikan ancaman yang lebih besar terhadap kesihatan dan keselamatan diri. Tidak ketinggalan kesan tekanan mental di kalangan mangsa-mangsa yang mengalami kerosakan kediaman, harta benda, ternakan, tanaman mahupun kehilangan orang tersayang.
Rasa tidak bermaya, kurang tidur, resah gelisah, marah, hiperaktif dan sedikit murung adalah sesuatu yang normal dan akan berlalu pergi bersama masa.
Bagaimanapun, jika simptom-simptom berlarutan selepas beberapa minggu tragedi berlaku, perlulah mendapatkan pemeriksaan lanjut dan kaunseling. Pada musim banjir – baik semasa dan selepasnya, penyakit-penyakit berjangkit bawaan air seperti demam kepialu dan taun, selalunya mudah merebak jika langkah-langkah yang sewajarnya tidak diambil.
Gejala Penyakit
Gejala-gejala penyakit bawaan air selalunya hampir sama di antara satu sama lain seperti loya, muntah, cirit-birit, perut meragam, sakit otot-otot dan demam. Sekiranya gejala-gejala berkenaan serius dan berlarutan, mangsa hendaklah segera dibawa berjumpa doktor. Ini kerana, air bah akan menyebabkan bahan-bahan beracun ini naik ke permukaan dan memberikan kesan negatif kepada manusia.
Bagi mereka yang diarahkan berpindah diminta mematuhinya dan tidak terlalu mengikutkan perasaan tetapi lebih mengutamakan keselamatan nyawa mereka. Suasana yang sejuk menyebabkan seseorang lebih mudah terkena jangkitan. Berhati-hati apabila kembali semula ke kediaman selepas banjir kerana mungkin terdapat ancaman bahan kimia berbahaya, caj elektrik dan kebocoran gas.
Kesan tinggalan kulat selepas hujan juga boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit-penyakit berkaitan paru-paru dan pernafasan, dan boleh memburukkan lagi keadaan pesakit tersebut yang sedia ada.
- 1 - Keracunan Makanan Gastroenteritis
- 2 - Demam Kepialu
- 3- Racun Kencing Tikus
- 4 - Denggi
Langkah-langkah Yang Patut Diambil Semasa Banjir:
Jangan biarkan kanak-kanak bermain air
Berpindahlah dengan segera ke pusat-pusat pemindahan apabila diarah
Padamkan semua pesawat elektrik apabila pindah
Jangan sentuh dawai elektrik yang jatuh ke dalam air.
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Kita di Pusat Pemindahan?
Sentiasa minum air yang sudah dimasak
Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan makanan mentah seperti ulam-ulaman
Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling
Patuhi nasihat yang diberikan oleh kakitangan kesihatan
Dapatkan segala suntikan jika diberi
Gunakan kemudahan asas yang disediakan seperti tandas, tong sampah dan sebagainya. (Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ia disebabkan oleh kuman Salmonella Typhi yang terdapat di dalam air kencing dan najis pesakit kepialu dan pembawanya yang akan mencemarkan bekalan air atau makanan. Pembawa merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman kepialu di dalam badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda demam kepialu.
Pesakit akan mengalami sakit kepala yang amat sangat, perut meragam dan sakit, sembelit diikuti cirit-birit, demam tinggi dan berterusan tiga, empat minggu, badan ditumbuhi ruam, mengantuk, cakap merapu dan mungkin tidak sedarkan diri. Mereka boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah. Sumber Maklumat: Mingguan Malaysia
Memperkenalkan Pest Repelling Aid
Alat Penghalau Tikus, Lipas dan Serangga Perosak
No comments:
Post a Comment