Kelebihan Menjerit dari Sudut Saintifik



Sebagai ibu kita tak akan lari dari menjerit dalam mendapat perhatian anak-anak terutama anak-anak yang semakin membesar. Kita terpaksa menjerit untuk memberikan mereka dengar arahan kita.

mari kita baca kelebihan menjerit atikel dari blog sebelah, http://chulahitam

1. Meningkatkan Kadar Pernafasan dan Kemasukan Isipadu Oksigen.
Sewaktu menjerit, kedudukan diafragma akan tertolak ke atas dan otot-otot perut (rektus abdominus) akan mengendur dengan kuat menyebabkan pesilat akan melepaskan nafas dengan kuat. Kesan dari tindakan ini menyebabkan pesilat akan menarik nafas yang agak kuat dan panjang yang membolehkan kemasukan oksigen dalam isipadu yang lebih tinggi berbanding biasa.

2. Merangsang Perembesan Hormon Adrenalin.
Tindakan menjerit dengan kuat mampu memberi kesan kepada perembesan Hormon Adrenalin yang mampu bertindak sebagai "steroid" untuk meningkatkan kemampuan otot dan tindakbalas. Hormon Adrenalin juga mampu meningkatkan kadar denyutan jantung dan membolehkan oksigen dihantar ke otot-otot dengan lebih pantas.

3. Kesan Psikologi Terhadap Diri dan Pihak Lawan.
Menjerit mampu menjadikan diri pesilat lebih berani (kesan hormon adrenalin) dan secara tidak langsung memberikan kesan psikologi (gerun) terhadap pihak lawan. Secara asasnya, apabila pesilat sudah mampu menjatuhkan mental pihak lawan, maka ia akan memberi suatu impak yang positif kepada pesilat untuk mengalahkan pihak lawan dengan lebih mudah.

4. Meningkatkan Daya Tahan Tubuh Mengatasi Asakan Pihak Lawan.
Ketika pesilat melepaskan serangan, musuh juga berkemampuan untuk melakukan hal yang sama kerana berkedudukan jarak yang sesuai untuk menyerang. Maka, sekiranya sewaktu pesilat menyerang dan mengeluarkan suara jeritan yang kuat, ianya mampu mengeraskan otot-otot tubuh terutamanya dikawasan abdomen (otot perut akan tertolak keluar dan badan akan sedikit melengkung ke hadapan yang menyebabkan ulu hati akan terlindung), dan sekiranya pada saat yang sama pihak lawan melepaskan serangan, maka otot pesilat telah pun bersedia dan berupaya menahan serangan pihak lawan tersebut daripada kesakitan yang melampau.

5. Melancarkan Aliran Tenaga Dalam ( Aura, Asrar, KI, Chi, dsb ).
Tubuh manusia bersifat Bio-Elektrik yang mempunyai cas-cas yang bersifat positif dan negatif. Kemampuan pesilat mengolah tenaga ini akan memberikan terlalu banyak kelebihan terutamanya dari aspek ketenangan, ketahanan, kekuatan, penyembuhan diri dll.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...