Masyarakat dulu sering melabelkan mandi bunga sebagai buang sial atau usaha mencari jodoh. Sebenarnya ramai menyalah tafsir amalan mandi bunga ini sehinggakan menyimpang pada hukum Islam. Mandi bunga sebenarnya berfungsi memberi kesan wangi dan menyegarkan tubuh badan.
Amalan ini juga terus dilakukan sehingga sekarang tetapi dengan cara lebih moden. Anjassari Spa yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam ada menyediakan rawatan mandi bunga. Menurut Pengurus Pemasaran Anjassari Spa, Harison Hamid, amalan mandi bunga sekarang dilihat secara positif.Selain menaikkan seri wajah, amalan mandi bunga ini mampu menghilangkan stres. Khasiat bunga juga boleh membantu mengurangkan bau badan dan juga menghaluskan kulit.
“Wanita kini lebih banyak bekerja dan tidak mempunyai masa berehat. Terlalu penat bekerja dan stres banyak mempengaruhi kehidupan wanita terutama apabila usia meningkat. Perubahan hormon digarapkan dengan hirisan daun limau purut, daun pandan dan ekstrak daun sirih untuk fungsi yang lebih istimewa. Gabungan ini telah dibotolkan di dalam bekas agar mudah digunakan.
Menurut Harison lagi, Aura kasih – mandi bunga ini boleh dilakukan di rumah namun untuk impak yang lebih, ia boleh dilakukan di spa selain mendapat belaian dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.Rawatan mandi bunga pada wanita berusia juga mempengaruhi gaya hidup mereka. Mandi bunga yang dilakukan mampu menyegarkan kembali tenaga wanita selain meredakan tekanan.
“Di spa ini kami menggabungkan khasiat tujuh jenis bunga iaitu bunga kenanga, bunga mawar, bunga tanjung, bunga melati, bunga kemboja, bunga cempaka dan bunga anggerik. Tujuh jenis bunga ini dipilih kerana mempunyai kelebihan tersendiri,” ujar Harison.
Katanya lagi bunga mawar contohnya dikatakan ibu kepada bunga kerana bau wangi dan kelopak yang mempunyai getaran positif. Bunga kenanga pula telah dikenal pasti digunakan secara turun temurun membantu merawat penyakit malaria, asma, sesak nafas dan bronkitis. Bunga-bunga ini digarapkan dengan hirisan daun limau purut, daun pandan dan ekstrak daun sirih untuk fungsi yang lebih istimewa.
Gabungan ini telah dibotolkan di dalam bekas agar mudah digunakan. Menurut Harison lagi, Aura kasih – mandi bunga ini boleh dilakukan di rumah namun untuk impak yang lebih, ia boleh dilakukan di spa selain mendapat belaian dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Rawatan Mandi Bunga
1-Rawatan mandi bunga ini bermula dengan bersauna. Bersauna ini penting untuk membuka pori-pori kulit.
2-Seterusnya pelanggan akan dilulur untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
3-Setelah itu, pelanggan akan dibawa ke bilik mandi untuk proses mandi bunga. Lima hingga enam titik Aura Kasih -Mandi Bunga diletakkan ke dalam tab mandi pelanggan berendam di dalamnya selama 15 hingga 20 minit. Dalam proses berendam ini pelanggan diingatkan berehat dan lupakan segala stres
4-Langkah seterusnya adalah proses urutan. Setiap pelanggan akan diurut dengan menggunakan teknik urutan tradisional oleh pakar terapi kecantikan di spa ini.
Tip Cantik
Mandi bunga ini juga boleh dilakukan di rumah dengan meletakkan gel ini di tapak tangan. Sambil berselawat dan berdoa, urut atau ratakan ke seluruh tubuh badan. Boleh juga dijirus ke tubuh sebagai bilasan terakhir. -
terima kasih kepada spa Anjasari kerana sudi kongsi atikel ini, pada sesiapa yang berminat nak mandi bunga sila lah ke salon yang tertera di atas
No comments:
Post a Comment