3 Tips Melambatkan Penuaan dan Menopaus



BERAT badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

"Antara simptom yang akan merubah wanita 40-an mengalami proses penuaan adalah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa panas, paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada," ujarnya

Selain itu, golongan ini risau perihal kecantikan yang akan merosot apabila usia meningkat.

MemeliharaPersoalannya, apakah yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan apabila usia semakin meningkat?

Dr. Asmah menasihatkan agar wanita memelihara kesihatan dalaman dan luaran sejak usia muda supaya ia berkekalan.

"Kesibukan dan tekanan wanita moden menyebabkan mereka sering berhadapan dengan masalah kesihatan seperti haid tidak teratur, kulit tidak licin dan cerah, payu dara tidak anjal, rahim lemah, tangan dan kaki sejuk, otot vagina tidak ketat dan kering serta bendalir vagina tidak cukup. Selain amalan gaya hidup sihat, suplemen tambahan dapat membantu wanita mengatasi masalah-masalah tersebut," ujarnya.

Mengulas keperluan suplemen dalam kehidupan wanita hari ini, Dr. Asmah memberitahu, ia mungkin membantu memelihara kesihatan dalaman dan luaran serta melambatkan proses penuaan.

Menurut beliau, kesibukan wanita sebagai pekerja, ibu atau suri rumahtangga membataskan seseorang wanita melakukan aktiviti sihat seperti senaman.

Pertama
Justeru, selain pemeriksaan kesihatan setiap tahun, wanita juga digalakkan mengambil suplemen tambahan. Misalnya, ekstrak bunga ros baik untuk wanita kerana ia boleh memberikan enam kali ganda kelembapan pada kulit. Amalan herba manjakani juga baik untuk merawat otot-otot dalam faraj.
Ke dua
"Manjakani pula mempunyai khasiat untuk menegangkan semula otot-otot faraj dan membolehkan faraj menjadi sempit semula. Ia juga mampu mengawal lendir dan lelehan faraj. Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas. Herba ini juga boleh menganjal payu dara serta menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman manjakani dapat membaiki payu dara yang hilang sifat keanjalan.

"Kacip Fatimah pula dikatakan dapat menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi rahim wanita lepas bersalin," katanya yang juga Penasihat Kesihatan Beaurose keluaran ZZ Beauty Line.

Beaurose mengandungi 100 peratus bahan semulajadi berasaskan ekstrak bunga ros, manjakani, asid phytohyrulonic dan L-glutathione.
ke tiga
"Jika kita dapat memelihara kesihatan pada usia muda seawal 25 tahun, tubuh badan kita mampu bergerak dan melakukan fungsi dengan aktif walaupun pada usia 40-an. Keseimbangan hormon dalam badan wanita juga dapat membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes). Saya sarankan kepada wanita supaya menitikberatkan penjagaan kesihatan sama ada dalaman atau luaran untuk mengekalkan kecantikan serta kesihatan di tahap yang paling memuaskan," ujarnya yang boleh dihubungi di 019-2381808 atau laman Facebook, zzbeautyline.adawiyah.koh@utusan.com.my

Semoga atikel ini mendapat manfaat pada kita, kalau sejak muda lagi dah ambil suppliemnt manjakani, kacip fatimah dan biasakan makan jamu, makan banyak sayuran dan buahan, dan sentiasa berfikiran positif dan bersenam, insyallah proses penuaan dan menopause akan lambat dari biasa. Jadi sementara belum lagi menapouse ni amalkan kehidupan yang sihat. 

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Tengok ada yang ada?
Tak ada Masa Nak Ke Salon?
Nak Cantik Dengan Pantas Guna Mesin-Mesin Salon
Jom tengok apa yang ada?.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...