Faktor Anak Lahir Pramatang



PERSEKITARAN hijau memberikan manfaat tertentu kepada kesihatan begitu juga buat wanita hamil.

Wanita hamil yang menetap di persekitaran hijau atau sering bersentuhan dengan tanaman memberi pengaruh terhadap kesihatan bayi lebih tinggi berbanding mereka yang menetap di kawasan bandar.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Oregon State University, Amerika Syarikat itu membabitkan 64,000 orang wanita hamil dari pelbagai lokasi tempat tinggal.

Hasil penyelidikan mendapati, lebih daripada 20 peratus kelahiran pramatang terjadi kepada wanita yang menetap di persekitaran biasa manakala sebanyak 13 peratus kelahiran pramatang pula terjadi pada wanita yang menetap di persekitaran hijau.

"Kebersihan persekitaran, pencemaran udara dan keadaan persekitaran menjadi faktor penting yang menentukan kesihatan bayi.

"Paparan bahan kimia dalam pencemaran udara juga boleh mengganggu perkembangan bayi. Menghirup udara segar serta menenangkan fikiran di taman boleh menjadi penyelesaian sihat bagi bayi," kata ketua penyelidik, Perry Hystad.

Kesihatan tubuh badan dan bayi merupakan hal utama yang perlu dititikberatkan sewaktu dalam proses kehamilan.

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu mengandung juga perlu menghindari daripada terdedah kepada bahan kimia berbahaya serta mengamalkan pemakanan sihat. - kosmo

Kalau dah selalu berada di tengah bandar, memang susah la nak nampak hijau. Pergi kerja balik kerja mengadap jalan raya, masuk ofis nampak komputer, balik rumah nampak pinggan mangkuk nak kena basih, lantai dan kena vacuum, kain nak kena lipat, sidai, anak nak kena layan. Memang mencabar kehidupan sebagai seorang isteri, ibu, pekerja, majikan apatah lagi yang buat bisnes. Terlalu kuat dugaan nya. 
Sekali sekala bawalah diri ke taman untuk bersenam dan menikmati suasana yang hijau dan damai. 

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Tengok ada yang ada?
Tak ada Masa Nak Ke Salon?
Nak Cantik Dengan Pantas Guna Mesin-Mesin Salon
Jom tengok apa yang ada?.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...