9 Cara Basuk Muka Dengan Betul


Terjumpa satu tips yang berguna untuk dikongsikan buat semua. Iaitu tips cara mencuci muka dengan betul. Selalu kita cuci muka kita, sukahati je cuci ikut cara tersendiri. Sebenarnya ada cara dan langkah-langkah untuk mencuci muka dengan betul. Insyaallah, berkesan.

1)      BASUH TANGAN DAHULU
Sebelum kita mula membasuh muka, bersihkan dahulu tangan kita yang kotor dan berbakteria ni dengan menggunakan sabun. Tak guna juga jika kita cuci muka beria tetapi segala kotoran melekat pada tangan bukan?

2)      TANGGALKAN MAKE UP MENGGUNAKAN REMOVAL
Bersihkan dahulu muka kita ni dengan menggunakan make up removal, tanggalkan segala sisa make up yang masih melekat di muka kita itu dengan kapas. Elakan daripada memakai tisu atau kain.

3)      BASUH MUKA DENGAN AIR SUAM
Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat membunuh segala kotoran yang ada di muka. Namun, elakan daripada menggunakan air yang terlalu panas kerana ia akan menyebabkan saluran Kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.

4)      CUCI MUKA DENGAN PENCUCI
Sekiranya pencuci muka berbentuk krim, sapukan pencuci itu dengan sekata menggunakan hujung jari  dan buat sesiapa yang menggunakan pencuci muka berbentuk sabun pula basahkan sabun itu dahulu dengan air kemudian gosok dengan tapak tangan sehingga berbuih kemudian baru sapukan di muka.

5)      BUAT URUTAN DI MUKA
Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit muka. Jadi pastikan kita usap kulit kita itu dengan pencuci muka menggunakan teknik putaran. Dengan cara ini muka akan lebih berseri berbanding biasa.

6)      BILAS MUKA
Setelah mengurut muka dalam beberapa minit, bilas muka dengan air biasa. Jangan gunakan air yang terlalu panas, suam, atau sejuk. Kerana ia akan membuatkan kulit kita bahang dan tidak segar. Lebih menakutkan ia akan menyebabkan kulit kita pedih dan kemerahan.

7)      LAP MUKA MENGGUNAKAN TUALA
Lapkan muka kita menggunakan tuala bersih. Namun, jangan pula kaita menyental muka kita ni. Maklum sahajalah kulit muka ni kulit yang paling nipis di anggota badan. Takut nanti terluka pula. Jadi cara yang betul dan sebaiknya kita tekapkan sahaja di muka dengan perlahan-lahan dan lembut. Ingat! Guna tuala yang lembut dan kering sahaja ya dan tentunya khas untuk muka sahaja!

8)      SENTUHAN TERAKHIR
Akhir sekali, selepas kita keringkan muka, kita boleh sapukan toner untuk menyegarkan kulit muka atau sapukan krim malam sebelum tidur. Dan kulit kita pasti akan kelihatan lebih segar dan bersih berbanding sebelum. ---Sumber: Remaja

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Tengok ada yang ada?
Tak ada Masa Nak Ke Salon? 
Nak Cantik Dengan Pantas Guna Mesin-Mesin Salon
Jom tengok apa yang ada?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...