7 Cara Menjaga Rambut Agar Kurang Keguguran



1. Gunakan Jari Anda - Seperti dalam iklan Rejoice, gunakan jari kome untuk meluruskan rambut. Sebaik sahaja kome bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari kome tu di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal. Jika kome ubah taktik ini kepada menggunakann jari kome tu, ia akan memberi kesan yang positif pada rambut kome serta mampu mengurangkan pengguguran rambut. Mudahkan!

2. Berus Rambut Anda Selalu –

Ada sesetengah wanita khuatir menyikat rambut selalu akan mengakibatkan rambut akan gugur. Sebenarnya, jika kome selalu memberus rambut, rambut kome tu akan bertambah sihat. Apa gunanya berambut panjang, jika kome malas mengurusnya? Kusut masai pulak jadinya. Sebab itu, wanita yang berambut panjang, kome dinasihatkan supaya menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih.
Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan ini yang akan memudahkan pengguguran rambut.
3. Jangan Lupa Sikat Rambut - Tujuan sebenar untuk menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.


4. Keringkan Rambut - Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai bila ia perlukan. Semasa mengering rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Walaupun pengering rambut jenis ini harganya mahal, namun ia baik untuk rambut panjang.

5. Pilih Syampu YangTerbaik - Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi. Pastikan syampu mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.

6. Peka Dengan Keadaan Sekeliling - Lindungilah rambut kome tu daripada pendedahan berterusan dari pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut kome dan mudah membuatkan rambut kome kusut masai. Jika tidak keberatan, kome bolehlah mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut
credit info dari http://apakehei.blogspot.com

7 Pada mereka yang bertudung, jangan pakai serkop yang menutup keseluruhan rambut anda, gunakan anak tudung atau inner yang terbuka di bahagian belakang, ini dapat memberikan ruang udara untuk rambut bernafas dan mengelakkan rambut lebih banyak keguguran. 

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Tengok ada yang ada?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...