5 Langkah Jaga Hidung dan Pernafasan Anda



Kuman berada di mana-mana. Lindungi diri dan orang lain dengan memakai penutup mulut dan hidung dengan cara yang betul. Terdapat dua jenis penutup mulut dan hidung yang disyorkan iaitu jenis N95 dan jenis pembedahan juga dikenali sebagai surgical mask.
Cara-cara pemakaian penutup mulut dan hidung jenis N95:

* Langkah pertama, kendurkan tali getah dengan menarik di antara satu hingga dua inci supaya tali getah tidak terlalu tegang.
* Langkah kedua, pegang penutup mulut dan hidung itu di tapak tangan anda dengan meletakkan hujung jari pada kepingan logam penyepit hidung. Biar tali getah terjuntai di bawah tangan anda.
* Langkah ketiga, tangkupkan penutup mulut dan hidung itu di bawah dagu dengan kepingan logam penyepit hidung di bahagian atas.
* Langkah keempat, letakkan tali getah atas mengelilingi kepala di paras atas telinga mana kala tali kedua diletakkan di paras bawah telinga dan pastikan tali getah tidak terpintal.
* Langkah kelima, gunakan kedua-dua belah tangan dan bentukan kepingan logam mengikut bentuk hidung.

Untuk memastikan pemakaian yang betul, tutup penutup mulut dan hidung dengan kedua-dua belah tapak tangan anda dan hembus dengan kuat. Sekiranya udara keluar di sekeliling hidung, tekan kepingan logam supaya melekap pada hidung. Jika udara keluar dari tepi, tarik ke belakang.
Cara-cara pemakaian penutup mulut dan hidung jenis pembedahan (surgical mask)

* Tutup keseluruhan hidung dan mulut. Ikat tali atas mengelilingi kepala di paras atas telinga kemudian ikat tali kedua di paras bawah telinga. Gunakan kedua-dua belah tangan dan bentukan kepingan logam mengikut bentuk hidung.

Elakkan perbuatan ini. Untuk perlindungan terbaik anda dinasihatkan supaya mengelakkan:

* Memakai penutup mulut dan hidung di bawah dagu.
* Menggaru hidung dan mulut
* Mendedahkan hidung
* Berkongsi dengan orang lain
* Mengguna semula penutup mulut dan hidung yang telah dipakai

Elakkan daripada meletakkannya di merata-rata tempat. Buang di tempat yang betul. Gunakan penutup mulut dan hidung dengan betul. Hentikan kuman dari merebak. - sumber kementrian kesihatan


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Tengok ada yang ada?
Tak ada Masa Nak Ke Salon? 
Nak Cantik Dengan Pantas Guna Mesin-Mesin Salon
Jom tengok apa yang ada?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...