Apabila kita membuka syarikat dan membangunkan bisnes, sebagai CEO syarikat kita sendiri, kita mesti mempunyai TEAM.
+ Pilih anggota Team kita sejak awal-awal kita memulakan bisnes kita.
+ Pilih orang yang memiliki kelebihan yang tidak ada pada diri kita. Seandainya kita tidak pandai marketing, ambil orang yang pandai marketing.
+ Jangan pilih orang yang lebih pandai daripada kita dalam perkara yang kita sendiri sudah pandai. Seandainya kita pandai menjual, jangan ambil orang yang lebih pandai menjual dibandingkan dengan kita sendiri.
+ Jangan ambil orang yang sangat pandai bekerja, melainkan orang itu juga pandai bekerjasama dengan orang-orang lain. Banyak orang yang sangat pandai bekerja tetapi dia banyak bergaduh dengan rakan-rakan sekerjanya. Jangan ambil orang macam itu.
+ Jangan ambil eksekutif yang sangat berjaya dalam syarikat gergasi. Mereka tidak pandai bekerja dalam syarikat kecil.
+ Cari orang-orang yang pandai mengembangkan bisnes kecil kita, dan mereka pandai membesarkan syarikat kecil kita.
Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah
No comments:
Post a Comment