Tips Berniaga: Biar Barang atau Produk Kita Lambat Menjana Keuntungan Asalkan Boleh Bertahan Lama dan Diwarisi



jika perniagaan itu tidak berikan servis atau produk tuk tambah nilai pada orang lain, ia tak akan bertahan lama, ramai orang terperankap dengan skim cepat kaya, yg tak berikan penambahan nilai pada kehidupan manusia, memang tak akan tahan lama. Ini banyak berlaku di kalangan orang yang hendak kaya cepat, tak mahu berusaha dan bersusah payah untuk membina perniagaan. 

Contohnya ramai orang terperangkap dengan berbagai skim MLM seperti forex, saham, umrah MLM, dan bermacam lagi. Mereka janjikan keewangan dalam masa yang singkat. Duduk rumah tak buat apa-apa, saja boleh jana keewangan. 

Memang ada orang yang duduk rumah saja boleh jana keewangan, tapi dengan syarat perniagaan itu sudah mencapai tahap kematangan, seperti keturuann keluarga Gucci, Prada, Versace, mereka semua ni, duduk rumah saja, goyang kaki duit masyuk. Tapi sebelum itu datuk nenek moyang mereka bersusah payah untuk membina jenama tu. Tak ada perniagaan yang boleh menjanjikan pulangan yang singkat, kalau ada pun contohnya trading pasaran saham, lepas trading dapat duit, lepas tu buat apa? Apa yang kita buat tuk berikan tambah nilai pada orang lain? Jadi perniagaan itu tak diwarisi pada generasi akan datang. 

Jadi biar bersusah payah dahulu, tak la lama sangat, sekurannya 10 tahun. Lepas tu baru kita lihat ada masa depan pada anak-anak kita nanti. Pilih barangan keperluan, seperti makanan, pakaian, tempat tinggal (hartanah), semua itu keperluan dan pasti ada permintaan. Lambat laun ia akan berkembang dengan sendiri.

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...