Kes Zizan dan Emma Tidak Perlu Diungkit

UMUM mengetahui mengenai pergolakan pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak bersama rakan kongsinya, Marina Juki mengenai masalah yang dihadapi oleh syarikat pengurusan mereka Wireframe Sdn. Bhd. (Wireframe).

Masalah itu semakin rumit apabila Zizan bertindak membekukan akaun syarikat sehingga dikatakan menjejaskan beberapa artis di bawah naungan syarikat tersebut termasuk Kaka Azraff dan juga Johan As'ari.

Terbaharu, Zizan juga telah mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat pengurusan Wireframe miliknya. Status terkini syarikat miliknya itu masih menjadi tanda tanya apabila kedua-dua pihak bertindak mendiamkan diri.

Belum selesai dengan masalah yang melanda dirinya itu, Zizan berhadapan dengan satu lagi kontroversi apabila dikatakan percintaannya dengan aktres cantik, Emma Maembong kini sedang bergolak.

Spekulasi itu timbul berikutan sekeping gambar yang dimuat naik Emma dalam laman sosial Instagram. Luahan perasaan kecewa tersebut dipercayai dikaitkan dengan Zizan.

Kebetulan bersua bekas pengacara Melodi itu pada majlis pelancaran Program Raya Kosong-Kosong Astro baru-baru ini, Zizan terus ditanya tentang kedua-dua isu tersebut.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelawak yang pernah menggondol anugerah Pengacara TV Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2011 itu.

Kosmo!: Apakah status terkini berhubung kes syarikat pengurusan milik anda, Wireframe Sdn. Bhd.?

ZIZAN: Saya dan dia (Marina Juki) kini sedang dalam proses membahagikan hak dan melantik peguam bagi meneliti segala hal berkaitan perundangan. Saya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak yang arif mengenai bidang ini. Dia juga telah menyuruh saya untuk menghubunginya melalui peguam dan insya-Allah kami akan selesaikan perkara ini dengan secepat mungkin.

Mungkin Zizan boleh ulas mengenai arah tuju Wireframe itu sendiri memandangkan Zizan masih mempunyai hak pemilikan bagi syarikat tersebut?

Saya hanya inginkan yang terbaik untuk syarikat ini. Bagaimanapun, saya enggan mengulas dengan lebih lanjut buat masa sekarang dan menyerahkan kepada pihak peguam. Walau apa pun keputusan saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Beralih kepada soal hubungan anda bersama teman wanita anda, Emma Maembong. Dikatakan hubungan kalian bergolak disebabkan status luahan perasaan yang dimuat naik Emma ke dalam akaun Instagramnya. Boleh anda komen mengenai isu tersebut?

Pada mulanya saya tidak tahu pun isu sebegini timbul memandangkan hubungan saya dengan dia (Emma) sebelum ini tiada masalah. Saya mula tahu apabila orang ramai bertanyakan kepada saya bahawa adakah saya mempunyai masalah dengan dia dan saya menjawabnya dengan mengatakan hubungan kami baik sahaja.

Status tersebut dipercayai ditujukan kepada diri anda, boleh komen sedikit?

Sebelum ini dia merupakan seorang yang minat melukis dan suka berkongsi dengan peminatnya mengenai kata-kata luahan perasaan. Saya ada bertanya kepada dia, adakah dia mempunyai masalah dengan saya tetapi dia menidakkannya. Hubungan kami seperti biasa dan saya rasa ia tidak perlu dibangkitkan lagi. katanya kepada Kosmo

Semoga Zizan dan kekasihnya Emma berakhir dengan perkahwinan ...
Layan ajalah video ni...sedap gak dengar malam-malam







Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...